PERUBAHAN KADAR ZAKAT FITRAH

Zakat merupakan ibadah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan pada tahun kedua hijrah. Para Fuqaha’ menjelaskan, bahawa zakat merupakan sedekah yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Taubah, 103)
HUKUM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

ASAS PENETAPAN ZAKAT FITRAH:
Fuqaha Mazhab Syafii menyatakan asas penetapan kadar Zakat Fitrah adalah berdasarkan makanan asasi majoriti penduduk di sesebuah negeri. Menurut Imam al-Nawawi:
Sekiranya diambil kira makanan asasi sesebuah negeri dan makanan asasi individu, lalu terdapat perbezaan antara keduanya, di mana ada negeri yang penduduknya menjadikan satu jenis makanan sebagai makanan asasi, manakala di negeri lain mereka menjadikan jenis lain sebagai makanan asasi, maka al-Sarakhsi dalam al-Amali menyatakan: jika seseorang mengeluarkan Zakat Fitrah daripada jenis makanan yang lebih baik, maka hukumnya sah dan lebih utama. Namun, sekiranya dia memilih untuk mengeluarkan daripada jenis yang lebih rendah nilainya, terdapat dua pandangan ulama. Pertama, hukumnya tidak sah sebagai langkah berhati-hati dalam urusan ibadah. Kedua, yang merupakan pendapat asah (muktamad), hukumnya tetap sah kerana dapat menghilangkan kesusahan daripadanya serta masih dianggap sebagai mengeluarkan daripada makanan asasi negeri atau makanan asasi dirinya sendiri.
Oleh itu, fuqaha Mazhab Syafii mengharuskan Zakat Fitrah ditunaikan sama ada dari jenis makanan asasi yang dimakan atau dari jenis makanan asasi yang lebih mahal atau dari jenis makanan asasi yang lebih murah. Dalam hal ini yang diambil kira sebagai kadar wajib ialah berdasarkan makanan asasi negeri. Membayar Zakat Fitrah berdasarkan makanan asasi diri sendiri pula adalah lebih utama kerana dikeluarkan daripada jenis makanan yang lebih baik.
Menurut fatwa di bawah Seksyen 47 bertarikh 3 Februari 2026, penetapan kadar zakat fitrah Negeri Selangor tahun 1447H/2026 adalah seperti di berikut:




