Info Sihat

Manusia TOKSIK – Racun Tanpa Bau

Toksik bermaksud beracun, merujuk kepada bahan seperti asap atau buangan kimia yang mencemarkan alam sekitar. Dalam konteks sosial, istilah ini menggambarkan sikap atau tingkah laku yang berbahaya dan perlu dijauhi. 

Orang pula, merujuk kepada individu, sama ada diri kita sendiri atau ahli masyarakat. Ungkapan “orang toksik” atau toxic people sering digunakan untuk menggambarkan individu yang menyusahkan dan merugikan orang lain, sama ada secara mental mahupun fizikal.

Tidak kira apa jua ciri-cirinya, orang toksik perlu dikenali dan dijauhi. Mereka sering menyebabkan kita berasa sedih, tidak dihargai, kecewa, malah bersalah atas kesalahan yang bukan berpunca daripada kita.

CIRI-CIRI ORANG TOKSIK

1. Mementingkan Kesenangan Diri Sendiri

Mereka hanya mencari keuntungan dan kesenangan untuk diri sendiri, tanpa mempedulikan nilai persahabatan atau hubungan. Mereka memaksa orang lain membantu ketika susah, tetapi tidak membalas budi apabila kita pula memerlukan bantuan.

2. Tiada Simpati atau Belas Kasihan

Orang toksik sukar memahami perasaan orang lain. Ketika kita berkongsi masalah, mereka bukan sahaja tidak menyokong, malah menyalahkan kita dan menambah beban emosi dengan kata-kata yang menyakitkan.

3. Enggan Mengaku Salah atau Meminta Maaf

Walaupun jelas melakukan kesalahan, mereka tetap mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kita perlu berhati-hati agar tidak dijadikan mangsa oleh mereka.

4. Tidak Suka Melihat Orang Lain Berbuat Baik

Mereka cenderung cemburu apabila melihat orang lain melakukan kebaikan. Contohnya, apabila seseorang ingin berwakaf, mereka akan menghalang dan menghasut agar tidak melakukannya.

CARA MENGHADAPI DAN MENJAUHI ORANG TOKSIK

  1. Kenal pasti ciri diri yang menyebabkan kita mudah menjadi sasaran.
  2. Percayai naluri sendiri apabila berasa tidak selesa dengan seseorang.
  3. Elakkan normalisasi sikap toksik dalam pergaulan harian.

Peranan : Perbadanan Wakaf Selangor
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ialah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diamanahkan untuk mengurus hal ehwal wakaf di negeri Selangor. Pada 30 Oktober 2009, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan penubuhan PWS agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat. Penubuhan ini diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 pada 29 Jun 2010, di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button