15 Ssoalan Zakat Fitrah
1. Apakah yang dimaksudkan zakat fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individulelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat.
2. Apakah hikmah menunaikan zakat fitrah?
a) Membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil
b) Menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang
c) Membantu menyelesaikan masalah pengangguran
d) Mengutuhkan institusi sesebuah anggota masyarakat
e) Membersihkan hati dan sifat-sifat keji
3. Bilakah waktu membayar zakat fitrah?
- Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. - Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya - Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan - Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal. - Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
4. Saya asnaf fakir miskin. Adakah saya wajib bayar zakat fitrah?
Ya, sekiranya ada makanan untuk malam raya dan pagi raya untuk diri dan keluarga, maka wajib keluarkan zakat fitrah menggunakan harta yang ada. Itu syarat kemampuan dalam kewajipan zakat ftrah. Sekiranya tidak mampu, maka tidak wajib untuk membayarnya.
5. Adakah seseorang yang mufis perlu membayar zakat fitrah?
Mereka yang diisytiharkan sebagai mufis atau bankrap oleh pihak berautoriti wajib mengeluarkan zakat ftrah atas dirinya atau tanggungannya jika dia memiliki harta melebihi keperluan makanan asasi pada malam dan pagi hari raya. Namun, sekiranya seseorang yang mufis itu tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain, mahupun harta maka dia tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah, bahkan dia berhak menerima zakat.
6. Jika ibu saya meninggal dunia sebelum azan maghrib akhir Ramadhan, apakah wajib zakat fitrah?
wajib kerana arwah hanya dapat hidup pada satu masa sahaja iaitu bulan Ramadhan dan tidak dapat hidup pada bulan Syawal walaupun sebentar.
7. Apakah hukum zakat fitrah bagi orang yang meninggal dunia dalam bulan Ramadhan?
Hukum zakat ftrah bagi orang yang meninggal dunia juga terbahagi kepada dua situasi.
Pertama, jika dia meninggal dunia setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan, kewajipan zakat fitrah pada si mati tidak gugur. Pelaksanaan zakat tersebut perlu diuruskan oleh waris.
Kedua, jika dia meninggal dunia sebelum terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan, maka tidak diwajibkan zakat ftrah ke atasnya.
8. Bagaimana Dengan Zakat Fitrah Bagi Orang Gila?
Wali atau warisnya hendaklah menunaikan zakat ftrah bagi orang gila berkenaan. Jika tidak ada warisnya dan dia juga tidak mempunyai wang atau makanan seperti dalam syarat di atas, maka tidak wajib atasnya.
9. Bagaimana pula dengan zakat ftrah orang yang sudah nyanyuk, hilang akal atau koma yang tidak wajib berpuasa?
Dalam situasi ini, wali atau warisnya yang berhak mengeluarkan zakat ftrah ke atasnya. Jika dia seorang yang kaya, sebaik-baiknya diambil daripada hartanya sendiri untuk dikeluarkan zakat ftrahnya.
10. Bolehkah seorang anak membayar zakat fitrahnya sendiri walaupun masih dalam tanggungan bapa?
Secara asasnya, bapa hendaklah mengeluarkan zakat ftrah kepada anak-anak yang masih dalam tanggungannya. Ini melainkan kanak-kanak tersebut memiliki harta sendiri, maka ia boleh diambil dari harta tersebut. Namun, jika anak tersebut mahu membayar sendiri zakat ftrahnya, ia dibolehkan. Asalkan kanak-kanak tersebut mempunyai harta dan berkemampuan.
11. Apakah warga emas tanpa waris di rumah kebajikan wajib bayar zakat fitrah?
Ya, wajib bayar dan ia diambil daripada wang mereka sendiri. Jika mereka tidak ada kemampuan, maka tidak wajib bayar zakat fitrah. Pemilik rumah kebajikan tidak wajib keluarkan bagi pihak mereka kerana tiada pertalian nasab.
12. Apakah anak-anak yatim tanpa waris di rumah kebajikan wajib bayar zakat fitrah?
Ya, jika mereka mempunyai kemampuan seperti disebutkan dalam syarat di atas. Jika mereka tidak mampu, maka tidak wajib membayar zakat. Namun begitu, pihak pengurus rumah anak yatim boleh membantu mengeluarkannya bagi pihak anak yatim tersebut.
13. Adakah anak perempuan yang bekerja perlu membayar zakat fitrah?
Anak-anak yang telah bekerja sendiri tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, lebih berhak untuk mengeluarkan sendiri zakat ftrahnya. Tambahan, jika mereka ingin mengeluarkan zakat kepada ibu dan bapa mereka juga boleh. Cuma perlu memaklumkan sahaja kepada ibu bapa.
Adakah anak yang dilahirkan selepas bulan Syawal wajib membayar zakat fitrah?
Anak yang dikandungkan ketika Ramadhan dan dilahirkan selepas Syawal tidak diwajibkan membayar zakat ftrah kerana ianya dikira sebagai sunat muakkad sahaja. Ianya tidak diambil kira ketika bayi masih lagi dalam keadaan janin iaitu berada dalam rahim si ibu dan ini merupakan pendapat yang kuat, sebagaimana yang disebut oleh Dr Yusuf Al Qardawi di dalam kitabnya, Hukum Zakat.
Bagaimanakah pembayaran zakat ftrah bagi anak angkat, anak yatim dan anak tiri?
Orang yang wajib menanggung nafkah itulah yang wajib membayarkan zakat ftrah. Maka, mereka yang wajib ialah mereka yang dinamakan sebagai wali nasab iaitu sedarah sedaging atau pun dikira sebagai penanggung nafkah iaitu bapa, datuk, bapa saudara dan sebagainya. Edisi