TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA: KEWAJIPAN FIDYAH
TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA: KEWAJIPAN FIDYAH
KLANG, 9 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan fidyah sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023.
Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Suhaimi, Ketua Zon Baitulmal Daerah Klang dan Kuala Langat.
Taklimat tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Kolej untuk mengetahui info lebih lanjut berkenaan kewajipan penunaian fidyah bagi umat Islam.
Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan kewajipan seseorang muslim itu membayar fidyah serta kaedah penaksiran kiraan fidyah yang lebih mudah dan tepat.
Ayuh layari pautan dibawah untuk menggunakan kalkulator fidyah dengan lebih mudah dan tepat secara atas talian.
SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Berhutang merupakan satu bentuk muamalat yang disediakan oleh syariat Islam...
SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan...
16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan...
15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri...