[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan perjumpaan bersama semua Rumah Pemulihan Riqab (RPR) yang melibatkan pelbagai kepakaran tentang masalah sosial pada 24 September.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail selalu Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

RPR adalah rumah yang ditubuhkan oleh NGOi bagi melaksanakan pemulihan kepada penghuni dalam kalangan asnaf al-Riqab.

MAIS telah memaklumkan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan operasi penting melibatkan RPR MAIS.

Di kesempatan ini juga Pengarah SPS, MAIS telah menyerahkan wakaf al-Quran kepada semua RPR.

Mereka sangat gembira apabila menerima naskah wakaf al-Quran untuk ummah ini yang boleh dimanfaatkan untuk peserta RPR.

Pengarah SPS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pewakaf dan mendokan semoga semoga jariah pewakaf berkekalan hendaknya.⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4333″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4334″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor