PENGERUSI MAIS MELAWAT TAPAK PROJEK MASJID DENAI ALAM
PENGERUSI MAIS MELAWAT TAPAK PROJEK MASJID DENAI ALAM
DENAI ALAM, 21 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkesempatan melawat tapak projek Masjid Denai Alam hari ini.
Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid Pengerusi Yayasan MSU.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk melihat kerja-kerja terkini operasi pembangunan masjid berkenaan yang telah dibangunkan oleh pihak Yayasan MSU.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar Setiausaha MAIS, Encik Abd Hadi wakil daripada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS dan beberapa orang wakil pengurusan Yayasan MSU.
SERENDAH, 25 September – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar...
KLANG, 25 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
23 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan...
SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Kuala Lumpur, 19-21 September 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal...