[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU LANGAT 3 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyertai Program One Stop Crisis Addiction Centre (OCSA) anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Program ini diadakan bertujuan memberi sokongan psikososial dan rohani kepada klien OCSA serta memupuk nilai-nilai positif di kalangan klien.

Pada mulanya program ini merupakan program pengurangan kemudaratan dengan rawatan terapi gentian metadon di Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat sehingga kini dikenali sebagai Program OCSA.

MAIS terlibat dalam program ini bagi memberi penerangan khusus berkaitan proses pemulihan ketagihan melalui rawatan spiritual Islam.

Program telah dirasmikan oleh Dr. Zailiza binti Suli, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. Turut hadir Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Dr. Nazirah binti Haji Sadiron, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan.⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4419″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4421″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4422″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor