[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Putra Business School bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam aspek pendidikan dan bidang lain yang berkaitan terutama dalam pembangunan ummah.

Delegasi seramai empat orang diketuai oleh Prof. Dr Zulkornain Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Business School turut diberi penerangan berkaitan MAIS dan Anak Syarikat yang dipengerusikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Pada sesi kunjungan tersebut, turut diadakan penyampaian cenderamata dari MAIS kepada Putra Business School.

Hadir sama Encik Mohd Farid Baharon, Pengarah Pengurusan Korporat MAIS, Puan Rohana Hassan Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS, Dr. Hairol Anuar Mak Din Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Mohd Shahrizam Shahrom Eksekutif Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (LZS).⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4392″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4391″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4390″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4389″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor