MAIS AGIH RM58,200.00 FIDYAH KEPADA 485 PENERIMA YANG LAYAK
MAIS AGIH RM58,200.00 FIDYAH KEPADA 485 PENERIMA YANG LAYAK
SHAH ALAM, 16 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan fidyah berjumlah RM58,200.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Sebanyak 20 tempat telah menerima sumbangan meliputi Daerah Petaling, Klang dan Kuala Selangor.
Seramai 485 orang telah menerima barangan berbentuk pek makanan kering iaitu beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu pekat manis.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya SK Batu 9 Jalan Bomba Tanjong Karang, Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SK Pelabuhan Klang, SK Sg. Udang dan lain-lain lokasi.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom selesaikan segera bayaran fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Berhutang merupakan satu bentuk muamalat yang disediakan oleh syariat Islam...
SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan...
16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan...
15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri...