[vc_row][vc_column][vc_column_text]PETALING JAYA 23 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah mengadakan program sembang santai dan soal jawab berkaitan pengurusan harta pusaka meliputi wasiat, hibah dan faraid kepada kakitangan dan pegawai Syarikat Next Petroleum Sdn. Bhd.

Aktiviti program ini juga memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan yang hadir untuk mengutarakan soalan berkaitan pengurusan harta pusaka dan soal jawab agama.

Sesi ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Penolong Pengurus Pemasaran Harta Baitulmal MAIS.

Turut hadir mengikuti program ini ialah Tuan Haji Nazin Endut, Pengarah Urusan, Syarikat Next Petroleum Sdn. Bhd.

Semoga pegawai dan kakitangan yang hadir mendapat pencerahan dan membuat perancangan serta pembahagian harta dengan betul.

Sebarang jemputan untuk mengadakan ceramah/seminar/kursus boleh hubungi pegawai kami di talian 03-5514 3772/ 3773.⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4307″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4309″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4308″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4310″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor