[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 22 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) Pelan Tindakan Pengislaman Kanak-Kanak Muallaf MAIS 2020.

Persidangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Haji Farid Ravi bin Abdullah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muallaf Negeri Selangor.

Objektif persidangan adalah untuk mengenalpasti permasalahan dan penyelesaian isu berkaitan pengislaman dan pendaftaran pengislaman kanak-kanak dalam negeri Selangor.

Turut hadir dalam RTD ini ialah Datuk Zainul Rijal bin Abu Bakar, peguam panel MAIS merangkap Ahli Jawatankuasa Undang-Undang MAIS, Penasihat Undang-Undang MAIS, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, wakil Jabatan Mufti Negeri Selangor serta wakil Pertubuhan Islam Kebajikan Malaysia (PERKIM).⠀[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4324″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4326″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4325″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4327″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor