KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Putrajaya, 26 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini.
Delegasi dari MAIS seramai sembilan orang diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS disambut baik oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Kunjungan hormat ini antara lain bertujuan meningkatkan hubungan baik dan jalinan silaturahim antara MAIS dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta membincangkan berkaitan penyelarasan isu-isu berkaitan hal ehwal agama Islam.
Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi), MAIS, Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan), MAIS serta pengurusan tertinggi MAIS.
Berhutang merupakan satu bentuk muamalat yang disediakan oleh syariat Islam...
16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan...
15 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Puspanita Negeri...
SHAH ALAM, 13 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...