{"id":3463,"date":"2026-07-01T02:40:04","date_gmt":"2026-06-30T18:40:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=3463"},"modified":"2026-07-01T02:40:04","modified_gmt":"2026-06-30T18:40:04","slug":"isu-3r-di-malaysia-isu-3r-di-malaysia-menurut-perspektif-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/isu-3r-di-malaysia-isu-3r-di-malaysia-menurut-perspektif-islam\/","title":{"rendered":"ISU 3R DI MALAYSIA  ISU 3R DI MALAYSIA  MENURUT PERSPEKTIF ISLAM"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #0000ff;\"><strong><span class=\"tie-dropcap \">i<\/span>su 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) merupakan elemen penting dalam pembentukan keharmonian masyarakat di<br \/>\nMalaysia. Sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dan sistem Raja Berperlembagaan, kestabilan negara sangat bergantung kepada kemampuan rakyat mengurus perbezaan kaum, agama dan memelihara institusi Diraja dengan penuh adab dan tanggungjawab. Memahami konsep 3R menurut perspektif Islam amat penting bagi memastikan keharmonian masyarakat dapat dipelihara.<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/rsz_halim_mokhtar.png\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4>YBrs. Dr. Haji Halim bin Mokhtar (halim@uis.edu.my)<br \/>\nPensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam,<br \/>\nUniversiti Islam Selangor (UIS)\u00a0\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t<\/span><\/p>\n<h3>Islam dan Race (Kaum)<\/h3>\n<p>Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa dan kaum sebagai fitrah kehidupan untuk sentiasa menjaga hubungan tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Allah SWT berfirman yang bermaksud: \u201cWahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali\u201d. (Surah al-Hujurat: 13)<\/p>\n<p>Imam Al-Tabari mentafsirkan ayat ini dalam frasa \u201csupaya kamu saling mengenali\u201d sebagai manusia mengetahui keturunan dan hubungan sesama mereka, lalu membina hubungan sosial, tolong menolong dan muamalah yang baik, bukan untuk menghina atau merendahkan kaum lain. Ayat ini menunjukkan bahawa kepelbagaian kaum merupakan satu rahmat, bertujuan untuk membina hubungan dan kerjasama serta bukan alasan untuk bermusuhan. Islam menerima identiti kaum tetapi menolak ekstremisme perkauman.<\/p>\n<h3>Islam dan Religion (Agama)<\/h3>\n<p>Islam mengajar umatnya menghormati penganut agama lain dan hidup secara aman. Rasulullah SAW sendiri hidup bersama masyarakat bukan Islam di Madinah melalui Piagam Madinah. Di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan, kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 dan Perkara 11. Islam menetapkan adab dalam perbezaan agama dan melarang penghinaan terhadap kepercayaan pihak lain. Firman Allah SWT yang bermaksud \u201cDan janganlah kamu mencaci sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan\u201d. (Surah al-An\u2019am: 108)<\/p>\n<p>Imam Al-Qurtubi menyatakan ayat ini menjadi dalil penting tentang kewajipan menjaga lidah<br \/>\ndan adab ketika berbeza pendapat atau agama. Umat Islam ditegah daripada ucapan yang mencetuskan permusuhan dan penghinaan balas manakala Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa Islam ialah agama dialog dan hujah, bukan cacian. Dialog dan perbincangan agama hendaklah dilakukan dengan ilmu dan hikmah. Ini menunjukkan bahawa Islam mendidik umatnya agar menghormati perbezaan kepercayaan demi mengelakkan permusuhan.<\/p>\n<h3>Islam dan Royalty (Institusi DiRaja)<\/h3>\n<p>Islam dan Institusi Diraja mempunyai hubungan rapat kerana Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Dalam sejarah Islam, pemerintah berperanan menjaga keamanan, keadilan dan agama rakyat dan ditaati selagi tidak menyuruh melakukan kemungkaran.<\/p>\n<p>Institusi Diraja penting kerana menjadi lambang perpaduan rakyat, menjaga kestabilan politik negeri, memelihara agama Islam dan adat Melayu, menjadi simbol sejarah dan identiti negeri serta bertindak sebagai pelindung hak rakyat dan negeri.<\/p>\n<p>Perbincangan berkaitan institusi Diraja hendaklah dilakukan secara beradab dan mematuhi undang-undang negara. Sikap melampau, penghinaan atau penyebaran fitnah terhadap institusi Diraja boleh mencetuskan ketidakstabilan sosial dan negara.<\/p>\n<h3>Islam dan Cabaran Semasa<\/h3>\n<p>Islam tidak menghalang kemajuan. Kerancakan media sosial hari ini semakin mencabar sehingga menjadi platform untuk meluncurkan kebencian dan fitnah khususnya dalam isu 3R. Oleh itu elemen tabayyun sangat penting untuk menyaring maklumat di samping pengukuhan etika media sosial. Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada permusuhan, sebaliknya dijadikan ruang untuk saling memahami dan menghormati.<\/p>\n<p>Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam memainkan peranan penting memperkukuh perpaduan masyarakat melalui program dakwah, pendidikan dan penerangan Islam dengan sesi dialog dan perbincangan serta kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan simbol perpaduan negeri.<\/p>\n<p>Kesimpulannya, Islam melihat isu 3R berkait rapat dengan maqasid syariah iaitu tanggungjawab menjaga agama dan mengajar umatnya menghormati perbezaan serta berfikir dalam setiap tindakan. Masyarakat akan lebih bersedia menangani isu 3R dan keharmonian negara dapat terus dipelihara demi kesejahteraan bersama menuju \u201cbaldatun toyyibatun warobbun ghofur\u2019. #Islamituindah <span style=\"color: #666699;\"><strong>Edisi<\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>isu 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) merupakan elemen penting dalam pembentukan keharmonian masyarakat di Malaysia. Sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dan sistem Raja Berperlembagaan, kestabilan negara sangat bergantung kepada kemampuan rakyat mengurus perbezaan kaum, agama dan memelihara institusi Diraja dengan penuh adab dan tanggungjawab. Memahami konsep 3R menurut perspektif Islam &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3464,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[55],"tags":[],"class_list":["post-3463","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jendela-syariah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3463","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3463"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3463\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3465,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3463\/revisions\/3465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3463"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3463"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3463"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}