{"id":3457,"date":"2026-07-01T02:26:21","date_gmt":"2026-06-30T18:26:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=3457"},"modified":"2026-07-01T02:26:21","modified_gmt":"2026-06-30T18:26:21","slug":"cara-membuat-aduan-kepada-pegawai-penguatkuasa-agama-ppa-jais","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/cara-membuat-aduan-kepada-pegawai-penguatkuasa-agama-ppa-jais\/","title":{"rendered":"CARA MEMBUAT ADUAN KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA (PPA) JAIS"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #808000;\"><strong><span class=\"tie-dropcap \">B<\/span>agi memelihara kesucian agama Islam dan keharmonian institusi kekeluargaan, orang awam digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya berlaku sebarang perlanggaran hukum Syarak.<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/rsz_maryam.png\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4>Puan Maryam binti Md Zin (maryam@jais.gov.my)<br \/>\nPenolong Pengarah Kanan, Unit Dasar &amp; Strategi,<br \/>\nJabatan Agama Islam Selangor (JAIS)\u00a0\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t<\/span><\/p>\n<p>Secara umumnya, anda boleh menyemak senarai kesalahan yang boleh diadukan berdasarkan:<\/p>\n<p>1. Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995.<\/p>\n<p>2. Kesalahan Matrimoni di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 20033<\/p>\n<h3>Dimanakah anda boleh membuat aduan?<\/h3>\n<h4>1. Aduan Jenayah Syariah<\/h4>\n<p>Pengadu boleh membuat aduan melalui talian hotline 180088-2424 atau hadir ke Hotline JAIS Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS atau mengisi borang dalam sistem e-Aduan yang tersedia di portal rasmi.<\/p>\n<h4>2. Aduan Kesalahan Matrimoni dan Kekeluargaan<\/h4>\n<p>Hadir ke Unit Undang-Undang Keluarga PAID untuk sesi khidmat nasihat atau runding cara terlebih dahulu. Sekiranya terdapat kesalahan yang memerlukan siasatan lanjut, Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAIS akan mengambil maklumat aduan dan keterangan pihak-pihak terlibat berdasarkan elemen kesalahan mengikut kesesuaian pelanggaran peruntukan enakmen untuk tindakan siasatan seterusnya dipanjangkan ke peringkat pendakwaan bagi membuat penilaian sebelum ianya dibawa ke muka pengadilan (mahkamah syariah).<\/p>\n<p>Sekiranya anda ingin membuat aduan rasmi di JAIS, prosesnya akan menjadi lebih lancar jika anda menyediakan perkara perkara berikut:<\/p>\n<h3>1. Maklumat Peribadi Pengadu (Anda)<\/h3>\n<p>Anda perlu menyediakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk membuktikan identiti anda (aduan layang tanpa identiti biasanya sukar untuk diambil tindakan rasmi). Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan (MyKad) atau Pasport (jika bukan warganegara) serta nombor telefon, alamat rumah dan e-mel bagi memudahkan pihak berkuasa menghubungi anda untuk perkembangan kes.<\/p>\n<p>Kerahsiaan maklumat pengadu juga sentiasa dipelihara bagi menjamin keselamatan dan keadilan semua pihak.<\/p>\n<h3>2. Maklumat Lengkap Orang yang Diadu<\/h3>\n<p>Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) memerlukan nama penuh, nombor kad pengenalan (jika ada), alamat rumah semasa atau alamat tempat kerja serta nombor telefon atau akaun media sosial yang digunakan untuk mengesan, memanggil atau menahan individu tersebut. Orang yang Diadu mestilah orang Islam yang disyaki membuat kesalahan tersebut di Negeri Selangor.<\/p>\n<h3>3. Kronologi dan Perincian Kejadian<\/h3>\n<p>Sediakan satu catatan atau kenyataan ringkas yang jelas tentang apa yang telah berlaku. Pihak penguatkuasa akan bertanyakan formula 5W + 1H iaitu:<br \/>\n<strong>a. Apa (What)<\/strong>: Jenis kesalahan, elemen kesalahan dan isu yang berlaku.<br \/>\n<strong>b. Bila (When)<\/strong>: Tarikh dan masa kejadian berlaku (atau tempoh masa isu itu berlarutan).<br \/>\n<strong>c. Di mana (Where)<\/strong>: Lokasi spesifik kejadian berlaku.<br \/>\n<strong>d. Siapa (Who)<\/strong>: Siapa yang terlibat dan siapa saksi yang melihatnya.<br \/>\n<strong>e. Mengapa dan Bagaimana (Why and How)<\/strong>: Bagaimanakah kejadian itu berlaku dan bagaimana anda mengetahuinya.<\/p>\n<h3>4. Dokumen Sokongan dan Bukti<\/h3>\n<p>Bukti yang kukuh amat penting dan diperlukan bagi memastikan aduan anda mempunyai asas yang kuat untuk disiasat.<\/p>\n<h3>Bagi Kes Jenayah Syariah<\/h3>\n<p>a. Tanda-tanda kejadian dan elemen kesalahan yang berkaitan.<br \/>\nb. Tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp, Telegram atau hantaran di media sosial.<br \/>\nc. Gambar atau rakaman video yang berkaitan.<br \/>\nd. Dokumen, buku atau risalah.<br \/>\ne. Nama dan maklumat hubungan saksi yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut.<\/p>\n<h3>Bagi Kes Undang-Undang Keluarga<\/h3>\n<p>a. Surat Perintah Mahkamah bagi pengesahan poligami, nikah, cerai dan rujuk.<br \/>\nb. Salinan Sijil Pernikahan \/ Sijil Rujuk \/ Sijil Cerai.<br \/>\nc. Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak (jika melibatkan nafkah\/ hak penjagaan anak).<br \/>\nd. Penyata bank atau bukti resit perbelanjaan (untuk kes tuntutan nafkah).<br \/>\ne. Laporan perubatan atau laporan polis (jika melibatkan kes keganasan rumah tangga\/penganiayaan).<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, JAIS telah menyediakan platform yang telus untuk mengendalikan setiap aduan masyarakat. Apa yang penting, pastikan setiap aduan anda disertakan dengan bukti yang sahih, kronologi yang jelas dan maklumat yang tepat agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil dengan pantas dan berkesan. <span style=\"color: #333399;\"><strong>Edisi<\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi memelihara kesucian agama Islam dan keharmonian institusi kekeluargaan, orang awam digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya berlaku sebarang perlanggaran hukum Syarak. Secara umumnya, anda boleh menyemak senarai kesalahan yang boleh diadukan berdasarkan: 1. Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995. 2. Kesalahan Matrimoni di &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3458,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-3457","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-khas"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3457","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3457"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3459,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3457\/revisions\/3459"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3458"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}