{"id":3301,"date":"2026-03-16T17:33:21","date_gmt":"2026-03-16T09:33:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=3301"},"modified":"2026-03-16T17:33:21","modified_gmt":"2026-03-16T09:33:21","slug":"dulu-penagih-kini-pengusaha-katering-yang-berjaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/dulu-penagih-kini-pengusaha-katering-yang-berjaya\/","title":{"rendered":"DULU PENAGIH, KINI PENGUSAHA KATERING YANG BERJAYA"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #3366ff;\"><strong><span class=\"tie-dropcap \">B<\/span>ukan mudah untuk membuang stigma negatif masyarakat terhadap individu yang pernah terjebak dalam dunia gelap penagihan dadah. Rasa diri seperti tidak dipedulikan akibat dicemuh dan ada kalanya membuatkan bekas penagih kembali ke lorong belakang atas alasan mereka sudah tidak ada tempat dalam kalangan masyarakat.<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Namun bagi sesetengah bekas penagih yang cekal, itu bukan penghalang untuk mereka membina hidup baharu bersama keluarga tercinta. Siapa sangka seorang bekas penagih dadah membuktikan dia mampu kembali ke pangkal jalan hasil sokongan serta kepercayaan keluarga dan masyarakat yang membantunya untuk berubah.<\/p>\n<p>Pengusaha katering, Mohd Joman Mohd Sachari, 55 tahun yang juga asnaf riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, beliau kini giat mengusahakan perniagaan membekal makanan terutama melibatkan katering bufet sejak tahun 2022.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga terlibat sebagai penceramah jemputan yang dikelolakan oleh MAIS dalam membantu pelaksanaan program rawatan dan pencegahan di rumah pemulihan yang berdaftar di bawah MAIS,\u201d katanya dalam sesi temu bual bersama wartawan edisi baru-baru ini.<\/p>\n<p>Mohd Joman turut mengimbau kembali detik beliau terjebak dengan dadah sejak berusia 16 tahun akibat pengaruh rakan.<\/p>\n<p>\u201cSaya terjebak dengan dadah jenis erimin 5 ketika di sekolah asrama lagi. Ketika itu, saya juga terlibat menjadi tukang mengedar dadah secara kecil-kecilan dan dalam masa yang sama menjadi penagih,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Joman yang kini mempunyai empat orang anak berkata, pelbagai masalah dan kesan sampingan yang boleh terjadi akibat penyalahgunaan dadah.<\/p>\n<p>\u201cSaya mudah sakit dan tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana ia boleh memberi kesan kepada diri saya,\u2019\u2019katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keluarganya mengetahui penglibatannya dalam aktiviti dadah selepas ditangkap pada tahun 2004.<\/p>\n<p>\u201cSaya pernah dikenakan tindakan penjara selama enam bulan atas kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, peristiwa tersebut menginsafkan sehinggalah pada tahun 2005, Mohd Joman mengikuti program dan menjadi salah seorang pelatih secara sukarela di Rumah Penawar, Alam Jaya iaitu Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.<\/p>\n<h2>SOKONGAN KELUARGA DAN MAIS<\/h2>\n<p>Mohd Joman berkata, peranan keluarga amat penting kerana penagih memerlukan sokongan mereka untuk berhenti menagih. \u201cSaya bersyukur apabila keluarga menerima dan memberi sokongan untuk berubah. Rawatan jangka panjang seiring dengan sesi kaunseling dan sokongan keluarga amat penting bagi membantu golongan penagih,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, MAIS banyak memberi pendedahan berkaitan program kerohanian dan pemulihan di bawah Bahagian Pemulihan Riqab ketika menjalani rawatan di Rumah Penawar.<\/p>\n<p>\u201cMAIS banyak bantu saya untuk berubah. Program yang dianjurkan meliputi aspek kerohanian seperti ceramah agama, kursus rawatan dan pemulihan banyak memberi pendedahan kepada saya untuk berubah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Joman berkata, MAIS turut menyalurkan sumbangan bantuan perniagaan bagi kelengkapan perniagaan katering yang diusahakan kini, sekaligus dapat membantu meringankan beban kewangan.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih MAIS, banyak bantuan yang saya terima dari MAIS. Sebelum ini, saya juga penerima bantuan bulanan asnaf riqab selama tiga tahun bermula dari tahun 2021,\u201dkatanya.<\/p>\n<h2>TEKAD BANTU BEKAS PENAGIH<\/h2>\n<p>Selain mengusahakan katering, Mohd Joman yang bergiat aktif sebagai Pengerusi Alumni Rumah Penawar berkata, keinginan untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan adalah bergantung kepada niat individu itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa sama, kita perlu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak agar kita tidak kembali semula menjadi penagih,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau berharap agar lebih ramai bekas penagih yang berjaya tampil memberi dorongan dan semangat kepada bekas-bekas penagih lain.<\/p>\n<p>\u201cProses pemulihan ini ambil masa dan tuntut kesabaran serta kesungguhan yang tinggi. Sebab itu lebih baik elakkanlah diri daripada terjebak.<\/p>\n<p>\u201cBila sudah terkena, ia akan memberi keburukan kepada diri sendiri. Lebih sedih, bila kita teringat wajah keluarga yang terluka dengan perbuatan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Joman berkata, pengisian ilmu agama banyak membantu untuk menjadikan dirinya lebih tenang dan bersemangat untuk pulih.<\/p>\n<p>\u201cSaya kini rasa lebih dekat dengan Allah SWT, serta bersemangat untuk membantu penagih lain kembali ke pangkal jalan,\u201d katanya. <span style=\"color: #ffff00;\"><strong>Edisi<\/strong><\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-3302 size-full\" src=\"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Screenshot-2026-03-16-173209.png\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"298\" srcset=\"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Screenshot-2026-03-16-173209.png 600w, https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/Screenshot-2026-03-16-173209-300x149.png 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bukan mudah untuk membuang stigma negatif masyarakat terhadap individu yang pernah terjebak dalam dunia gelap penagihan dadah. Rasa diri seperti tidak dipedulikan akibat dicemuh dan ada kalanya membuatkan bekas penagih kembali ke lorong belakang atas alasan mereka sudah tidak ada tempat dalam kalangan masyarakat. Namun bagi sesetengah bekas penagih yang cekal, itu bukan penghalang untuk &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3303,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29],"tags":[],"class_list":["post-3301","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-man-jadda-wa-jada"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3301","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3301"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3301\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3304,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3301\/revisions\/3304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3301"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3301"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3301"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}