{"id":3131,"date":"2025-12-15T19:29:55","date_gmt":"2025-12-15T11:29:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=3131"},"modified":"2025-12-31T15:17:05","modified_gmt":"2025-12-31T07:17:05","slug":"amanat-tahun-baharu-2026-mengharap-keredhaan-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/amanat-tahun-baharu-2026-mengharap-keredhaan-allah\/","title":{"rendered":"AMANAT TAHUN BAHARU 2026 \u201cMENGHARAP KEREDHAAN ALLAH\u201d"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #008000;\"><strong><span class=\"tie-dropcap \">T<\/span>ahun baharu bukan sekadar perubahan kalendar, tetapi merupakan medan muhasabah dan peluang memperkukuh tekad untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negeri. Dalam suasana dunia yang terus berubah, peranan institusi Islam menjadi semakin penting yakni sebagai benteng nilai, sumber kekuatan dan panduan kehidupan ummah.<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4>Senator Dato&#8217; Setia Haji Salehuddin bin Saidin<br \/>\nPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t<\/span><\/p>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Menginsafi Cabaran, Menyemai Keazaman Baharu<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">Tahun 2025 meninggalkan pelbagai kenangan dan ujian dalam suasana ekonomi yang mencabar, perubahan sosial yang ketara, dan keperluan rohani masyarakat yang semakin mendalam. Namun, di sebalik cabaran itu, kita menyaksikan kesungguhan dan komitmen warga MAIS serta institusi institusi Islam di Selangor untuk terus menjadi sandaran rakyat dalam menegakkan syiar Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Menjelang 2026, MAIS bertekad untuk memperkukuh visi \u201cMengimarahkan Syiar Islam dan Memacu Kemajuan Ummah\u201d melalui pendekatan berasaskan integriti, inovasi dan kesejahteraan sejagat.<\/p>\n<blockquote><p>\u201cKekuatan Islam bukan hanya pada retorik, tetapi pada tindakan yang membina dan mengangkat martabat ummah.\u201d \u2013 Pengerusi MAIS<\/p><\/blockquote>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Tadbir Urus Islam Berintegriti<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">MAIS akan terus memperkukuh sistem tadbir urus Islam yang berteraskan akauntabiliti dan ketelusan. Digitalisasi perkhidmatan dalam urusan zakat, wakaf, hibah serta pengurusan masjid akan dipertingkat bagi memastikan rakyat mendapat akses mudah dan pantas.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Keberkesanan pentadbiran Islam bukan diukur melalui jumlah program semata-mata, tetapi melalui keberkatan hasil dan manfaatnya kepada masyarakat.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Pembangunan Ekonomi Ummah<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">Dalam menghadapi tekanan ekonomi global, MAIS memberi keutamaan kepada pemerkasaan ekonomi ummah. Tumpuan akan diberi kepada pembangunan wakaf produktif, sokongan terhadap keusahawanan asnaf, serta program latihan khususnya latihan Tvet yang berupaya meningkatkan daya saing umat Islam di pasaran.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Kita mahu setiap bantuan yang disalurkan menjadi sumber kepada perubahan hidup, bukan sekadar bantuan berbentuk sementara.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Mendidik Generasi Rabbani<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">Pendidikan kekal sebagai teras pembangunan ummah. MAIS akan terus memperkukuh sistem pendidikan Islam melalui pengiktirafan institusi tahfiz, sokongan terhadap pondok moden, serta program keilmuan yang melahirkan generasi ulul albab yakni berilmu, berakhlak dan berpandangan jauh.<\/p>\n<blockquote><p>\u201cKejayaan sebenar pendidikan Islam ialah apabila ilmu<br \/>\nmembentuk akhlak, dan akhlak membentuk peradaban.\u201d<br \/>\n&#8211; Pengerusi MAIS<\/p><\/blockquote>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Masjid Sebagai Nadi Komuniti<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">Masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat pembangunan komuniti. MAIS menggalakkan setiap masjid<br \/>\ndan surau memainkan peranan aktif dalam pendidikan, kebajikan, perpaduan dan pembangunan sosial. Masjid yang hidup ialah masjid yang mendekatkan hati umat dan memupuk kasih sayang sesama manusia.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Meneguhkan Perpaduan dan Keutuhan Nilai<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">MAIS menyeru seluruh umat Islam di Selangor agar menjadikan perpaduan dan kasih sayang sesama saudara seagama sebagai keutamaan. Perbezaan pandangan jangan dijadikan jurang, sebaliknya kekuatan yang menyuburkan hikmah dan kebijaksanaan. Marilah kita terus memperjuangkan kemajuan dengan berpaksikan nilai Islam yang murni.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: left;\">Tahun Baharu, Tekad Baharu<\/h3>\n<p style=\"text-align: left;\">Tahun 2026 menuntut kita untuk lebih cekal, lebih bijaksana, dan lebih beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Marilah kita memperbaharui niat dan semangat bagi menjadikan setiap usaha sebagai ibadah, setiap amanah sebagai tanggungjawab kepada Allah SWT.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Semoga tahun 2026 menjadi tahun keberkatan, kemajuan dan kesejahteraan untuk negeri Selangor dan seluruh ummah.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><strong>Selamat Tahun Baharu 2026<\/strong>. <span style=\"color: #ff0000;\"><strong>Edisi<\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahun baharu bukan sekadar perubahan kalendar, tetapi merupakan medan muhasabah dan peluang memperkukuh tekad untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negeri. Dalam suasana dunia yang terus berubah, peranan institusi Islam menjadi semakin penting yakni sebagai benteng nilai, sumber kekuatan dan panduan kehidupan ummah. Menginsafi Cabaran, Menyemai Keazaman Baharu Tahun 2025 meninggalkan pelbagai kenangan dan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3256,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3131"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3131\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}