{"id":2288,"date":"2024-01-13T15:20:47","date_gmt":"2024-01-13T07:20:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=2288"},"modified":"2024-05-23T09:57:45","modified_gmt":"2024-05-23T01:57:45","slug":"hiburan-tidak-patuh-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/hiburan-tidak-patuh-syariah\/","title":{"rendered":"Hiburan Tidak Patuh Syariah"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #ff0000;\"><strong><span class=\"tie-dropcap \">I<\/span>slam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.<\/strong><\/span><\/p>\n\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/main.mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/rsz_hasal-senin.png\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4>Pembantu Eksekutif (Unit Pembangunan Kompetensi, MAIS)\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p>Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya bertajuk &#8216;al-Halal wa al-Haram f al-Islam&#8217; menyatakan bahawa hiburan adalah diharuskan kerana boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran dengan syarat tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh menimbulkan perbuatan dosa.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil.2\/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhirah 1436H memutuskan bahawa;<\/p>\n<p><strong>\u201cMemperakukan Garis Panduan Hiburan dalam Islam edisi kedua yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\u201d &#8211; <\/strong><strong>Dikemaskini pada 26 September 2014.<\/strong><\/p>\n<p>Teras dalam penggubalan garis panduan ini didasari oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 Mei dan 13 Mei 1981 seperti yang berikut;<\/p>\n\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada ftnah adalah harus;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada ftnah maka nyanyian itu adalah haram;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p>Objektif garis panduan ini adalah untuk;<\/p>\n\n\t\t<div class=\"box success  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan untuk berkarya tanpa melepasi batasan syarak;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box success  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Membantu para penganjur dan pihak penerbit dalam menyusun atur program yang mengandungi aspek hiburan sejajar dengan didikan Islam dengan mengambil kira keperluan masyarakat, bangsa, agama dan Negara;\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box success  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program hiburan dalam bentuk tontonan terpimpin kepada masyarakat secara umumnya berteraskan akidah, syariah dan nilai-nilai akhlak; dan\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n\n\t\t<div class=\"box success  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>Memupuk kefahaman di kalangan masyarakat awam mengenai bentuk hiburan yang dianjurkan dalam Islam.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p>Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. <strong><span style=\"color: #0000ff;\">Edisi<\/span><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2289,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[],"class_list":["post-2288","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-viral-kini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2288"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2288\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2289"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}