{"id":1799,"date":"2023-08-19T11:52:28","date_gmt":"2023-08-19T03:52:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1799"},"modified":"2023-08-19T12:07:09","modified_gmt":"2023-08-19T04:07:09","slug":"halal-sumber-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/halal-sumber-kesihatan\/","title":{"rendered":"Halal: Sumber Kesihatan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"tie-dropcap \">P<\/span>erkataan halal adalah satu istilah yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia sama ada Masyarakat Islam dan bukan Islam. Isu halal yang telah dilaporkan banyak menyedarkan masyarakat<br \/>\nsupaya lebih cakna dan sensitif terhadap sumber barang yang dipakai dan dimakan. Barangan dan makanan yang<br \/>\nhalal adalah sumber kepada kesihatan tubuh badan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4>Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)<br \/>\nKetua Pusat Penyelidikan, MAIS\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">Perkara ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global. Justeru, Adalah sangat penting bagi masyarakat dalam memahami dan terlibat secara langsung sebagai masyarakat yang prihatin dalam menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa agama yang<br \/>\nmenyelia pengurusan halal dalam negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"box info  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span><strong>Takrifan <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menurut Kamus Dewan, perkataan halal ditakrifkan sebagai sesuatu yang diperbolehkan dan tidak ditegah oleh syarak manakala jika dirujuk pada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia pula iaitu \u201cApabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.\u201d\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"box success  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span><strong>Konsep Halal <\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di Malaysia, Konsep Halalan Tayyiban telah digunakan sebagai satu konsep penentuan hukum halal. Namun konsep tersebut tidak hanya dilihat dari sudut perspektif hukum syarak semata-mata yang membahaskan permasalahan hukum halal dan haram, malah ianya juga dikaitkan dengan amalan kesihatan yang baik, amalan kebersihan dan keselamatan yang baik termasuk system pengurusan terhadap penghasilannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat banyak kajian berkisar tentang hukum fiqh dan kaedahnya, terdapat juga perbahasan berkaitan aspek hukum yang dikaitkan dengan teknologi makanan dan kesihatan yang menyentuh aspek zat makanan itu sendiri sama ada dikategorikan sebagai suatu yang halal, haram dan syubhah sesuatu produk.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"box note  \">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span><strong>Isu Halal<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">lmu pengetahuan berkaitan halal dan haram dalam Masyarakat Islam Malaysia masih di tahap rendah. Hal ini disedari apabila kebanyakan Masyarakat melayu Islam kini tidak sensitif akan status halal namun mereka hanya memandang kepada trend semasa dan rasa makanan tersebut Sahaja. Terdapat juga beberapa perkara lain yang sering menjadi isu halal seperti berikut:\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">1. Isu sembelihan;<br \/>\n2. Pengeluaran produk makanan dan minuman;<br \/>\n3. Pekerja sektor makanan (Bukan Islam);<br \/>\n4. Percampuran produk halal dan tidak halal;<br \/>\n5. Pemalsuan penggunaan loga\/sijil halal; dan<br \/>\n6. Penipuan bahan makanan yang diproses<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada zahirnya pengurusan halal mempunyai potensi pasaran yang sangat luas, namun rasa bimbang tentang kemungkinan kegagalan dan permasalahan tetap wujud. Permasalahan ini wujud daripada sikap negatif individu Islam terhadap nilai Islam, produk Islam dan jenama halal Secara tidak langsung permasalahan ini juga menyebabkan permasalahan global kerana nilai etika seorang individu yang tidak prihatin tentang<br \/>\nhalal dan haram sesuatu makanan atau produk.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru di sinilah terletaknya peranan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di mana negeri-negeri mempunyai bidang kuasa dalam menentukan perkara-perkara berkaitan agama Islam sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyeragaman pensijilan hanyalah melibatkan prosedur pensijilan dan proses kerja dalam pengeluaran dan pemantauan sijil halal sahaja. Ianya tidak akan menyentuh kuasa Raja-raja sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing. Dalam hal ini peranan dan tanggungjawab negeri dalam pensijilan halal Malaysia adalah;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"post-content-slideshow-outer\">\n\t\t\t<div class=\"post-content-slideshow\">\n\n\t\t\t<div class=\"loader-overlay\"><div class=\"spinner-circle\"><\/div><\/div>\n\n\t\t\t\t<div class=\"tie-slick-slider\">\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"slide post-content-slide\">\n\t\t\t a. MAIN adalah sebagai pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia; \n\t\t<\/div><!-- post-content-slide -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"slide post-content-slide\">\n\t\t\t b. MAIN bertanggungjawab dalam penentuan hukum syarak dengan merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi mendapatkan hukum terhadap sesuatu perkara yang belum ada hukum mengenainya; \n\t\t<\/div><!-- post-content-slide -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"slide post-content-slide\">\n\t\t\t c. MAIN bertanggungjawab melantik pengerusi dan ahli-ahli Panel Jawatankuasa Halal Negeri; \n\t\t<\/div><!-- post-content-slide -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"slide post-content-slide\">\n\t\t\t d. JAIN akan menyediakan keperluan logistik kepada pegawai-pegawai JAKIM yang akan ditempatkan di negeri-negeri sekiranya perlu; dan \n\t\t<\/div><!-- post-content-slide -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"slide post-content-slide\">\n\t\t\t e. JAIN bertanggungjawab dalam proses permohonan, pemeriksaan premis, penyediaan laporan pemeriksaan dalam Panel Jawatankuasa Halal Negeri. \n\t\t<\/div><!-- post-content-slide -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\n\t\t\t\t\t<div class=\"slider-nav-wrapper\">\n\t\t\t\t\t\t<ul class=\"tie-slider-nav\"><\/ul>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div><!-- tie-slick-slider -->\n\t\t\t<\/div><!-- post-content-slideshow -->\n\t\t<\/div><!-- post-content-slideshow-outer -->\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara kesimpulannya, pihak berkuasa agama perlu memantapkan system pengurusan yang berkualiti berdasarkan perspektif Islam yang menitikberatkan konsep Itqan dan nilai Ihsan. Malah kedua-dua perkara tersebut dapat memastikan kelangsungan sistem pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi.Impaknya, sistem pengurusan kualiti lebih bersifat holistik dan dapat berubah mengikut keperluan persekitaran, isu,<br \/>\ncabaran dan kehendak pelanggan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu pihak berkuasa agama perlu mengambil inisiatif dalam membina satu piawaian terbaik dalam memudahkan pengusaha untuk mengeluarkan produk makanan yang berkualiti. Dalam masa yang sama, pengguna juga dapat merujuk kepada garis panduan terbaik berkaitan halal di Malaysia yang mematuhi<br \/>\nsyariah. Walluhua\u2019lam. <span style=\"color: #003300;\"><strong>Edisi<\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkataan halal adalah satu istilah yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia sama ada Masyarakat Islam dan bukan Islam. Isu halal yang telah dilaporkan banyak menyedarkan masyarakat supaya lebih cakna dan sensitif terhadap sumber barang yang dipakai dan dimakan. Barangan dan makanan yang halal adalah sumber kepada kesihatan tubuh badan. Perkara ini juga adalah selaras dengan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1808,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1799","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1799","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1799"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1799\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1808"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1799"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1799"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1799"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}