{"id":1681,"date":"2023-05-25T22:24:10","date_gmt":"2023-05-25T14:24:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1681"},"modified":"2023-05-25T22:26:39","modified_gmt":"2023-05-25T14:26:39","slug":"jom-ziarah-gereja-di-mana-silapnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/jom-ziarah-gereja-di-mana-silapnya\/","title":{"rendered":"JOM ZIARAH GEREJA\u2019: DI MANA SILAPNYA?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\" style=\"color: #808000;\"><span class=\"tie-dropcap \">T<\/span>ular isu, \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019.<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh: Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)<\/h4>Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Puncanya, sebuah organisasi telah mengajak anak-anak muda pelbagai bangsa dan agama\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">di negara ini, untuk mengunjungi gereja. Tujuannya, kata mereka agar dapat memupuk persefahaman beragama. Ya, pastilah natijahnya adalah untuk melahirkan rakyat yang lebih bertoleransi dalam kepelbagaian agama di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan banyak pihak telah memberikan maklumbalas berkaitan program ini. Banyak pertikaian berlanjutan dari idea ini. Argumentasi di bentang dan logiknya, program ini memang salah. Ia terang-terang melanggar undang-undang kerana mempromosikan agama lain kepada orang Islam adalah salah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusuf dengan tegas menyatakan: \u201cDi Selangor, apa-apa program yang dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">Nah, mari kita lihat apa yang tidak kena dengan program ini:<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-open\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\"><strong>DAKYAH TANPA SEDAR<\/strong> <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\">Ya, apabila ada lawatan selalunya ada penerangan dan sesi soal jawab. Tidak mustahil, dalam sesi itulah ada elemen-elemen yang tidak terkawal akan diselitkan dan ia mampu mempengaruhi remaja Islam yang masih hijau. Sebagai contoh, konsep penghapusan dosa dalam Kristian. Ia memang nampak menarik jika dilihat dengan mata kasar. Sedangkan Islam mempunyai kaedah yang lebih jelas dalam pembahagian dosa, bukan hanya sekadar diluahkan dengan penyesalan dan pihak paderi boleh mengampunkan.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-close\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\"><strong>CACATKAN AKIDAH UMMAH<\/strong> <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\">Ya, isu akidah adalah sangat penting. Akidah umat Islam, khususnya dalam kalangan remaja yang masih belasan tahun itu amat rapuh. Mereka masih hijau dan tidak mustahil tertarik dengan beberapa konsep dalam agama Kristian yang kelihatannya hebat. Misalnya, konsep tiga dalam satu (trinity), dengan adanya elemen ruh suci, Tuhan bapa dan sebagainya. Sedangkan, ia adalah sesuatu yang sangat bertentangan dengan Islam, malah ia juga bertentangan dengan ajaran Nabi Isa a.s sendiri.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-close\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\"><strong>RUANG PERDEBATAN<\/strong> <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\"><span class=\"fontstyle0\">Tidak mustahil akan ada dalam kalangan peserta yang memang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perbandingan ajaran Islam &#8211; Kristian dan mereka mempunyai agenda untuk mendedahkan segala kepincangan itu. Maka, andai perkara ini tidak dikawal, sesi lawatan yang asalnya memupuk keharmonian akan menjadi medan mencetuskan perdebatan dan tidak mustahil menjadi punca perkelahian agama yang tidak terkawal<\/span>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-close\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\"><strong>MEROSAK KEAMANAN<\/strong> <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\">Sejak sekian lama, apakah Malaysia ini tidak aman. Apakah tidak wujud persefahaman agama di antara penganut pelbagai agama? Jelas, Malaysia adalah antara negara paling aman di dunia. Hal ini diakui oleh banyak pihak, termasuk warga asing yang berkunjung ke Malaysia. Maka, kunci keamanan itu adalah apabila semua pihak tidak sengaja \u2018mencabar\u2019 pihak lain. Apakah perasaan pihak agama lain jika NGO dan agensi Islam selepas ini sengaja mengadakan kempen besar-besaran dengan menyasarkan anak-anak muda non Muslim untuk mendekati agama Islam?\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Kesimpulannya, inisiatif ini pada zahirnya nampak baik; namun hakikatnya, ia lebih mengundang perbalahan dan polemik. Jalan keluarnya mudah, elakkan program yang memang jelas mengundang kontroversi. Jika KBS mahu juga mengadakannya, ayuh datanglah berjumpa dengan MAIS atau pihak berkuasa agama Islam negeri, lalu berbincanglah dari hati ke hati.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Lawatan ke rumah ibadah memang ada dianjurkan oleh NGO Islam di Selangor, namun ia penuh dengan adab dan ilmu. Ia dikawal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Para peserta diberikan dahulu kefahaman yang jelas tentang perbezaan antara agama. Apakah adabnya kala berinteraksi dengan non Muslim? Apakah tatacaranya kala berkunjung ke rumah ibadat mereka, apa yang boleh ditanya dan apa yang tak boleh ditanya? Dalam Islam, fiqh bergaul dengan non Muslim memang ada dan ia menjadi panduan dalam isu seperti ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Pendeknya, jika pesertanya adalah orang yang baik ilmu agamanya, mantap akidahnya, memelihara auratnya, memastikan solat lima waktu terjaga sempurna, menunaikan zakat dengan patuh, memelihara puasa dengan baik, sentiasa meletakkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai nombor satu dalam kehidupannya, melazimi majlis ilmu untuk memantapkan dirinya, maka baharulah lawatan itu ada maknanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Namun jika pesertanya, maaf cakap, Sifat 20 pun tidak hafal, tidak tahu makna dua kalimah syahadah yang diucapkan, solat lima waktunya pun bolong di sana sini, auratnya pun terdedah saujana mata memandang, akhlaknya dengan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW pun berantakan, maka apakah yang kita boleh harapkan hasil dari lawatan seperti ini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Wallahua\u2019lam. <\/span><strong><span class=\"fontstyle2\">Edisi<\/span><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tular isu, \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019. Puncanya, sebuah organisasi telah mengajak anak-anak muda pelbagai bangsa dan agama\u00a0di negara ini, untuk mengunjungi gereja. Tujuannya, kata mereka agar dapat memupuk persefahaman beragama. Ya, pastilah natijahnya adalah untuk melahirkan rakyat yang lebih bertoleransi dalam kepelbagaian agama di Malaysia. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan banyak pihak telah memberikan maklumbalas &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1687,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,37,50],"tags":[],"class_list":["post-1681","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-1-2023","category-berita","category-viral-kini"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1681","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1681"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1681\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1687"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1681"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1681"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1681"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}