{"id":1507,"date":"2023-01-20T11:38:59","date_gmt":"2023-01-20T03:38:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1507"},"modified":"2023-01-20T11:41:38","modified_gmt":"2023-01-20T03:41:38","slug":"apa-itu-akidah-ahli-sunnah-wal-jamaah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/apa-itu-akidah-ahli-sunnah-wal-jamaah\/","title":{"rendered":"Apa Itu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"color: #333399;\"><span class=\"fontstyle0\"><span class=\"tie-dropcap \">I<\/span><\/span><span class=\"fontstyle0\">slam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia adalah agama yang bersulamkan keimanan dan perbuatan (amal). Keimanan itu merupakan akidah dan pokok yang di\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">atasnya berdiri syariat Islam.<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Firman Allah SWT dalam Surah Al-An\u2019am ayat 116 yg bermaksud:<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"aligncenter quote-light \">\n<p style=\"text-align: right;\">\u201cJika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi,\u00a0nescaya mereka akan menyesatkan engkau daripada jalan Allah,\u00a0mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan semata-mata dan\u00a0mereka tidak lain hanyalah berdusta\u201d. (Al-An\u2019am: 116)<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dominan di kalangan masyarakat Islam hampir di seluruh dunia\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk di negara Malaysia\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dan di antara negara yang menjadikan Aqidah Ahli Sunnah Wal\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Jamaah sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Majlis Kebangsaan dan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa\u00a0 <\/span><span class=\"fontstyle0\">Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bersidang pada 5 Mei 1996 telah menetapkan bahawa \u201cUmat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Aqidah, Syariah dan Akhlak\u201d. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">berasal daripada dua patah perkataan iaitu \u201cahl al-Sunnah\u201d dan \u201cal-Jamaah\u201d yang memberi maksud golongan yang mengikuti\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">pegangan Nabi Muhammad s.a.w. atau mengikuti jalan hidup\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Baginda s.a.w. dan jamaah para sahabat terutamanya para k<\/span><span class=\"fontstyle0\">hulafa\u2019 alRasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w. Ajaran Ahli\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">s.a.w. serta para sahabat Baginda s.a.w.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil dan dirumus oleh ulama\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">berdasarkan riwayat hadis. Daripada Abdullah bin Amr R.A\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: <\/span><span class=\"fontstyle2\">\u201cSesungguhnya telah berpecah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">Bani Israil kepada tujuh puluh dua (72) kelompok. Manakala\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) kelompok\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1) kelompok.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle2\">Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda <\/span><span class=\"fontstyle2\">s.a.w. menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang kepada\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">ajaranku dan para sahabatku\u201d. <\/span><span class=\"fontstyle0\">(Riwayat at-Tirmidzi). Berdasarkan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">riwayat hadis tersebut dan riwayat-riwayat lain yang seerti\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dengannya, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">maksud mereka yang mengikut sunnah Rasul dan para sahabat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Aqidah Ahli Sunnah Wal\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Jamaah adalah satu pegangan yang berakar umbi dari ajaran\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Kemudian, disusun dengan lebih bersistem dan teguh oleh dua\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">tokoh imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu al-Hassan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">al-Ash\u2019ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\" style=\"color: #993300;\"> Antara ciri-ciri pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-1509 size-full\" src=\"https:\/\/main.mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah.jpg\" alt=\"\" width=\"1588\" height=\"643\" srcset=\"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah.jpg 1588w, https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah-300x121.jpg 300w, https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah-1024x415.jpg 1024w, https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah-768x311.jpg 768w, https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/pegangang-ahli-sunnah-1536x622.jpg 1536w\" sizes=\"auto, (max-width: 1588px) 100vw, 1588px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Oleh itu, sebarang usaha untuk memasukkan ajaran dan fahaman yang berlainan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berlainan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">daripada pengamalan biasa masyarakat Islam di negara ini dibimbangi akan memecahbelahkan masyarakat, mengacau-bilaukan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">kestabilan serta keharmonian negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Sebarang ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah dan menyeleweng daripada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">hendaklah dicegah dan dijauhi sebagaimana yang difatwakan oleh Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh Malaysia. Segala ajaran dan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">fahaman baru yang mengelirukan perlulah dirujuk kepada Jabatan Mufti negeri-negeri dan para alim ulama bertauliah serta institusiinstitusi Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. <\/span><strong><span class=\"fontstyle2\" style=\"color: #993300;\">Edisi<\/span><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia adalah agama yang bersulamkan keimanan dan perbuatan (amal). Keimanan itu merupakan akidah dan pokok yang di\u00a0atasnya berdiri syariat Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An\u2019am ayat 116 yg bermaksud: \u201cJika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi,\u00a0nescaya mereka akan menyesatkan engkau &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1459,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,30],"tags":[],"class_list":["post-1507","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-4-2022","category-kemusykilan-umat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1507","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1507"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1507\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1507"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1507"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1507"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}