{"id":1504,"date":"2023-01-20T11:31:00","date_gmt":"2023-01-20T03:31:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1504"},"modified":"2023-01-26T13:22:48","modified_gmt":"2023-01-26T05:22:48","slug":"wang-tidak-patuh-syariah-dan-pelaburan-patuh-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wang-tidak-patuh-syariah-dan-pelaburan-patuh-syariah\/","title":{"rendered":"Wang Tidak Patuh Syariah dan Pelaburan Patuh Syariah"},"content":{"rendered":"\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4> <strong>Shahrul Effendy bin Md Saat (fendy@mais.gov.my)<\/strong><br \/>\nEksekutif Perhubungan Awam &amp; Khidmat Pelanggan, MAIS\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p><strong><span style=\"color: #0000ff;\"><span class=\"fontstyle0\"><span class=\"tie-dropcap \">K<\/span><\/span><span class=\"fontstyle0\">elekaan umat Islam kini dalam mencari pendapatan, memungkinkan wujudnya percampuran rezeki daripada sumber yang halal dan haram. Kebanyakan sumber tersebut pula\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">tidak dipastikan statusnya dengan jelas.<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berperanan dalam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">menguruskan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS)\u00a0 terutamanya <\/span><span class=\"fontstyle0\">mengurus harta secara bijaksana berdasarkan hukum syarak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">WTPS adalah wang atau harta diperoleh daripada sumber haram\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Hal ini selaras sebagaimana yang diperuntukkan di bawah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">2003 iaitu, \u201cmaka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan <\/span><span class=\"fontstyle0\">kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak\u201d.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">MAIS mengajak orang ramai supaya membersihkan harta yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">diperoleh agar kehidupan yang dilalui penuh dengan keberkatan <\/span><span class=\"fontstyle0\">melalui http:\/\/fpx.mais.gov.my\/epay\/syubhah.php.<\/span><\/p>\n\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<hr style=\"margin-top:5px; margin-bottom:5px;\" class=\"divider divider-solid\">\n\t\n<p><strong><span class=\"fontstyle0\">PNB DAN PELABURAN PATUH SYARIAH<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Hal ini berbeza dengan peranan Permodalan Nasional Berhad\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">(PNB), sebuah firma pelaburan yang menawarkan perkhidmatan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">pelaburan patuh syariah sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">2008 juga telah memutuskan hukum melabur dalam Amanah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">adalah harus.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Kemudian pada tahun 2017, pelaburan dalam unit amanah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">iaitu syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB itu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">difatwakan sebagai harus oleh kesemua Majlis Fatwa di seluruh\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">negara termasuk Selangor dan Pulau Pinang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Wartawan EDISI baru-baru ini berpeluang mengikuti sesi temu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bual bersama <\/span><span class=\"fontstyle2\">Ketua Pengurusan Syariah PNB, Dr. Ahmad Basri\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">Ibrahim <\/span><span class=\"fontstyle0\">yang berkongsi maklumat, bagaimana ASNB mencapai\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">status patuh syariah.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\"><strong><span style=\"color: #ff0000;\">EDISI<\/span><\/strong>: <\/span><span style=\"color: #333399;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">Apa status unit amanah yang ditawarkan ASNB setakat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ini? Adakah kesemuanya patuh syariah?<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><strong><span class=\"fontstyle0\"><span style=\"color: #ff0000;\">Ahmad Basri:<\/span> <\/span><\/strong><span class=\"fontstyle2\">Ya. Kesemuanya patuh syariah berdasarkan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa di semua\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">14 negeri telah memfatwakan hukum melabur dalam ASNB\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">adalah harus.<\/span><\/p>\n<p><strong><span class=\"fontstyle0\" style=\"color: #333399;\">Bagaimana PNB memantau urusan pelaburan dalam ASNB?<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">PNB mempunyai Panel Penasihat Syariah (PPS) sendiri\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">seperti yang disarankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">bertanggungjawab memberi nasihat dan pandangan serta\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">memantau urusan berkaitan pelaburan tabung unit amanah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">ASNB, supaya ia mematuhi syariah.<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"color: #333399;\"><span class=\"fontstyle0\">MAIS menguruskan penerimaan WTPS, bagaimana pula kaedah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">atau cara PNB menguruskan WTPS?<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">PNB bukan milik individu tetapi ia adalah syarikat pelaburan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">berkaitan kerajaan (GLIC). PPS berpandangan dan membuat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">keputusan bahawa apa-apa WTPS diasingkan dan digunakan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">untuk program <\/span><span class=\"fontstyle3\">Corporate Social Responsibility <\/span><span class=\"fontstyle2\">(CSR) yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">diuruskan oleh PNB.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"color: #333399;\"><span class=\"fontstyle0\">Bagaimana PNB menggalakkan kesedaran kepada masyarakat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">untuk membuat pelaburan di PNB?<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">PNB menggalakkan masyarakat untuk membuat pelaburan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">adalah dengan menganjurkan program-program kesedaran\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">terutama tentang celik kewangan sepanjang tahun. Bagi celik\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">kewangan Islam pula, kami membuat program khusus \u2018Bicara\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">Maqasid\u201d bagi memberikan kefahaman kepada orang ramai <\/span><span class=\"fontstyle2\">tentang bentuk-bentuk pelaburan Islam dan usaha-usaha yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">telah dan sedang dilakukan oleh PNB untuk menambah baik\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">pelaburan patuh syariah di PNB.<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"color: #333399;\"><span class=\"fontstyle0\">Adakah PNB berpuas hati dengan tahap pematuhan syariah yang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dicapai sekarang?<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Kami sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan untuk\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">tahun 2021, 76.6 peratus daripada AUM PNB dilaburkan dalam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">instrumen patuh syariah mengatasi sasaran sebanyak 75.5\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">peratus pada tahun lepas.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Antara faktor yang meningkatkan paras ini ialah pertambahan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">pelaburan PNB di luar negara yang mana sebahagian besarnya\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">adalah patuh syariah. Bagi pelaburan saham di luar negara,\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">kepatuhan syariahnya adalah berdasarkan penyedia indeks <\/span><span class=\"fontstyle2\">Islam global seperti <\/span><span class=\"fontstyle3\">MSCI ACWI Islamic, DJIM World Index <\/span><span class=\"fontstyle2\">dan <\/span><span class=\"fontstyle2\">lain-lain. <\/span><strong><span class=\"fontstyle0\" style=\"color: #ff0000;\">Edisi<\/span><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kelekaan umat Islam kini dalam mencari pendapatan, memungkinkan wujudnya percampuran rezeki daripada sumber yang halal dan haram. Kebanyakan sumber tersebut pula\u00a0tidak dipastikan statusnya dengan jelas. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berperanan dalam\u00a0menguruskan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS)\u00a0 terutamanya mengurus harta secara bijaksana berdasarkan hukum syarak.\u00a0 WTPS adalah wang atau harta diperoleh daripada sumber haram\u00a0seperti transaksi &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1505,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,29],"tags":[],"class_list":["post-1504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-4-2022","category-man-jadda-wa-jada"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1504"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1504\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}