{"id":1455,"date":"2023-01-16T23:08:38","date_gmt":"2023-01-16T15:08:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1455"},"modified":"2023-01-26T13:17:44","modified_gmt":"2023-01-26T05:17:44","slug":"urus-niaga-bersama-syarikat-non-mulsim-yang-menyalurkan-keuntungan-bagi-perkembangan-agama-selain-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/urus-niaga-bersama-syarikat-non-mulsim-yang-menyalurkan-keuntungan-bagi-perkembangan-agama-selain-islam\/","title":{"rendered":"Urus Niaga bersama Syarikat Non-Mulsim Yang Menyalurkan Keuntungan Bagi Perkembangan Agama Selain Islam"},"content":{"rendered":"\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4> <strong>Mohamad Shukry Bin Sulaiman (shukry@muftiselangor.gov.my)<\/strong><br \/>\nKetua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor<br \/>\n\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"color: #008000;\"><span class=\"fontstyle0\"><span class=\"tie-dropcap \">M<\/span><\/span><span class=\"fontstyle0\">enjadi lumrah dalam kehidupan seharian, manusia berurusan di antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan masing- masing. Demi memenuhi keperluan, manusia\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">melakukan aktiviti jual beli, hutang dan lain-lain. Ke\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">semua aktiviti ini dirangkum dan dinamakan sebagai\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">muamalah. Islam sebagai agama yang lengkap dan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sesuai kepada semua bangsa dan lapisan masyarakat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">telah meletakkan asas di dalam perkara yang\u00a0 berkaitan <\/span><span class=\"fontstyle0\">muamalah ini. H<\/span><span class=\"fontstyle0\">al ini beUtepatan denJan maIhum firman\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Allah:<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<blockquote class=\" quote-light \"><p>Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba\u00a0 (Surah al-Baqarah: 275)<\/p><\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Hukum di dalam isu yang berkaitan dengan muamalah ini\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sebahagiannya bersifat fleksibel kerana sifatnya yang dinamik\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dan berkembang dari masa ke masa. Namun meskipun bersifat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">fleksibel, hukum-hakam berkaitan muamalah tidak boleh\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dikesampingkan sembarangan agar tidak menimbulkan kerugian\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">atau kemudharatan pada masyarakat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Secara umumnya, Islam tidak melarang untuk kita melakukan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">urusan jual beli bersama dengan orang bukan Islam selagimana\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ianya tidak menimbulkan fitnah. Hal ini bertepatan dengan firman\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Allah di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang menyatakan,\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Allah tidak melarang untuk kita berbuat baik dan berlaku adil\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">terhadap orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Selain itu, terdapat juga kisah di dalam hadis yang menceritakan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bahawa nabi pernah menggadaikan baju perangnya kepada\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yahudi untuk membeli gandum.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Keharusan ini tidak tertakluk kepada transaksi jual beli sahaja <\/span><span class=\"fontstyle0\">bahkan termasuk juga dalam perkhidmatan seperti bekerja untuk <\/span><span class=\"fontstyle0\">majikan yang bukan Islam. Ibn Qudamah merekodkan bahawa Ali\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">r.a. pernah bekerja dengan orang Yahudi untuk mengairi kebun <\/span><span class=\"fontstyle0\">tamarnya dengan upah buah tamar. Kemudian Ali r.a. menemui\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Rasulullah SAW dan memberikan tamar tersebut kepada <\/span><span class=\"fontstyle0\">baginda lalu baginda memakannya. Berdasarkan dalil ini, hukum\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bermuamalat bersama orang bukan Islam adalah diharuskan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Walau bagaimanapun, Islam melarang umatnya saling membantu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">di dalam perkara batil. Mafhumnya firman Allah SWT:<\/span><\/p>\n<blockquote class=\" quote-light \"><p>Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan\u00a0dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan\u00a0pelanggaran.\u00a0(Surah al-Maidah: 2)<\/p><\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Di dalam urusan yang berkaitan dengan agama lain, majoriti\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">fuqaha\u2019 berpandangan bahawa haram bagi orang\u00a0 Islam untuk <\/span><span class=\"fontstyle0\">terlibat dalam urusan yang asalnya harus tetapi kesannya\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">membawa kepada perkara haram seperti melakukan urus\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">niaga dengan syarikat yang menyalurkan keuntungannya untuk\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">perkembangan agama selain Islam, berwakaf untuk pembinaan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">gereja dan menjual anggur kepada penjual arak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Di samping itu, agama juga melarang umatnya melakukan perkara\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang boleh membawa kepada kejahatan dan kemaksiatan.<\/span><\/p>\n<blockquote class=\" quote-light \"><p>Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi sesudah\u00a0(Allah) memperbaikinya\u00a0 (Surah al-A\u2019raf: 56).<\/p><\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Anjuran untuk menghilangkan kemudaratan ini juga dikuatkan <\/span><span class=\"fontstyle0\">dengan hadis Nabi SAW, mafhumnya:\u00a0<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"aligncenter quote-light \"><p>Tidak boleh ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan\u00a0 (Riwayat Ibn Majah, no 2341)<\/p><\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Oleh itu, seorang Muslim tidak boleh melakukan sesuatu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">perbuatan yang boleh membawa kepada kemudaratan dan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">kemaksiatan meskipun ia bersifat harus pada asalnya. Ini kerana,\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">kemudaratan itu lebih utama untuk dihilangkan seperti kaedah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">fiqh yang menyatakan \u201ckemudaratan hendaklah dihilangkan\u201d.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Kesimpulannya, hukum bermuamalat dengan syarikat bukan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Islam pada asalnya adalah diharuskan dengan syarat bukan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dalam perkara maksiat atau perkara yang menjurus kepadanya\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">termasuklah perkara yang boleh mengganggu ketenteraman\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dan sensitiviti umat Islam. Sekiranya sebuah syarikat itu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">menyalurkan keuntungannya untuk aktiviti perkembangan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">agama selain Islam, ia mampu menimbulkan kebimbangan dan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">keresahan dalam kalangan umat Islam serta menggugat akidah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">umat Islam di Malaysia. Oleh itu, umat Islam dilarang melibatkan <\/span><span class=\"fontstyle0\">diri dalam aktiviti urus niaga atau mempromosikan syarikat <\/span><span class=\"fontstyle0\">yang menyalurkan keuntungannya untuk perkembangan agama\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">selain Islam. <\/span><span style=\"color: #993300;\"><strong><span class=\"fontstyle2\">Edisi<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjadi lumrah dalam kehidupan seharian, manusia berurusan di antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan masing- masing. Demi memenuhi keperluan, manusia\u00a0melakukan aktiviti jual beli, hutang dan lain-lain. Ke\u00a0semua aktiviti ini dirangkum dan dinamakan sebagai\u00a0muamalah. Islam sebagai agama yang lengkap dan\u00a0sesuai kepada semua bangsa dan lapisan masyarakat\u00a0telah meletakkan asas di dalam perkara yang\u00a0 berkaitan muamalah ini. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1456,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,18],"tags":[],"class_list":["post-1455","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-4-2022","category-fiqh-kontemporari"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1455","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1455"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1455\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1456"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1455"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1455"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1455"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}