{"id":1450,"date":"2023-01-16T23:08:31","date_gmt":"2023-01-16T15:08:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1450"},"modified":"2023-01-26T13:18:02","modified_gmt":"2023-01-26T05:18:02","slug":"hormat-fatwa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/hormat-fatwa\/","title":{"rendered":"Hormat Fatwa"},"content":{"rendered":"\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4><strong>Maryam Binti Md Zin (maryam@jais.gov.my),\u00a0<\/strong><br \/>\nPenolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAIS\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"color: #003366;\"><span class=\"tie-dropcap \">F<\/span><span class=\"fontstyle0\">atwa ialah penjelasan tentang hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. Apabila terdapat persoalan dan kemusykilan mengenai sesuatu hukum dalam <\/span><span class=\"fontstyle0\">Islam, Mufti akan mengeluarkan fatwa sebagai jawapan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">terhadap persoalan tersebut.<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Rasulullah SAW merupakan mufti pertama dalam sejarah fatwa\u00a0\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang menjelaskan hukum berlandaskan wahyu\u00a0 Allah SWT. <\/span><span class=\"fontstyle0\">Baginda merupakan manusia yang paling cerdas akalnya dan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">paling layak mengeluarkan fatwa serta perakuan wahyu akan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">menjadi penentu terakhir dalam menentukan sesuatu hukum.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Selepas Rasulullah SAW wafat, fatwa sahabat disandarkan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">kepada beberapa perkara yang berlaku ketika Rasulullah SAW <\/span><span class=\"fontstyle0\">masih hidup. Sekiranya terdapat perselisihan sahabat, fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">masih tidak bercanggah kerana ia dikira sebagai ijma\u2019 para\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sahabat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Fatwa pada zaman tabi\u2019in (bermula dari tarikh peralihan kuasa <\/span><span class=\"fontstyle0\">pemerintahan Muawiyah ibn Abi Sufyan pada tahun 41H), fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">telah memperlihatkan beberapa perkembangan kerana desakan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">realiti kehidupan umat Islam pada masa tersebut.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Apabila berlakunya perluasan tanah jajahan taklukan Islam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang mempunyai latar belakang kehidupan, kedudukan sosial\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dan adat resam yang berbeza-beza maka lahirlah hukum-hukum\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">baharu hasil daripada percambahan ijtihad para ulama tabi\u2019in.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Masa dan zaman peralihan terus berlalu serta penyebaran <\/span><span class=\"fontstyle0\">agama Islam semakin berkembang ke seluruh dunia. Fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dalam konteks hari ini ialah fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">mufti dan institusi agama yang diberi kuasa oleh pemerintah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">(ulil al-amri) <\/span><span class=\"fontstyle0\">untuk berijtihad dalam bentuk fatwa semasa sama\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Pendekatan ijtihad\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">semasa banyak dilakukan secara kolektif berbanding secara\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">individu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan pada Senarai II Jadual\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Kesembilan menyatakan hukum dan doktrin syarak letaknya di\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bawah pentadbiran Negeri, maka ketua agama Islam Negerinegeri telah melantik Mufti yang bertindak sebagai pengerusi\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">bersama ahli jawatankuasa fatwa melaksanakan peranan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">memutuskan fatwa di peringkat Negeri sama ada fatwa tersebut\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">diwartakan ataupun tidak.<\/span><\/p>\n<blockquote><p><span class=\"fontstyle0\">Di peringkat kebangsaan ia dilaksanakan oleh Jawatankuasa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Muzakarah Kebangsaan (juga dikenali sebagai Majlis Kebangsaan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) yang terdiri daripada para\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Mufti setiap negeri, pakar akademik dan sarjana hukum.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Jawatankuasa fatwa Negeri-negeri meneruskan kesinambungan <\/span><span class=\"fontstyle0\">mengeluarkan fatwa berasaskan Al-Quran, Sunnah dan Ijma\u2019\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">berdasarkan sesuatu isu atau masalah realiti yang berlaku\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dalam kehidupan harian masyarakat menggunakan kaedah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ijtihad berasaskan maqasid syariah dengan mengambil kira adat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">kebiasaan, budaya, persekitaran dan keperluan masyarakat.<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Mereka juga mengambil kira kesan yang bakal berlaku sekiranya\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sesuatu hukum itu difatwakan kepada masyarakat sama ada\u00a0 <\/span><span class=\"fontstyle0\">ia akan memberi kesan positif atau negatif. Oleh sebab itu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">jawatankuasa fatwa akan melakukan pertimbangan secara\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">terperinci antara kebaikan <\/span><span class=\"fontstyle2\">(maslahah) <\/span><span class=\"fontstyle0\">dan keburukan <\/span><span class=\"fontstyle2\">(mafsadah)\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">mengenai sesuai isu dengan mengambil pendekatan sederhana\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">(wasatiyyah) <\/span><span class=\"fontstyle0\">dalam penelitian hukum kerana mengikut jalan <\/span><span class=\"fontstyle0\">majoriti ulama\u2019 Ahlus Sunnah Waljamaah yang sentiasa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sederhana dalam memberikan pandangan dalam berijtihad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Jawatankuasa ini melakukan konsultasi ilmiah terhadap isu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">yang berlaku dengan mengambil maklumat dari pakar dalam <\/span><span class=\"fontstyle0\">bidang masing-masing sama ada pakar dalam ilmu teras agama\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">mahupun pakar dalam ilmu moden. Kombinasi antara kepakaran\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ini akan menghasilkan fatwa yang realistik dan efektif.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Justeru, umat Islam pada hari ini perlu menghormati fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">serta menghindarkan diri dari memberikan pendapat secara\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">terbuka seolah-olah menghina fatwa yang dikeluarkan oleh\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Jabatan Mufti Negeri-negeri sehingga menimbulkan sebarang <\/span><span class=\"fontstyle0\">polemik yang boleh menimbulkan kegelisahan dan mengganggu\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">keharmonian masyarakat. <\/span><span style=\"color: #993300;\"><strong><span class=\"fontstyle3\">Edisi<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fatwa ialah penjelasan tentang hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. Apabila terdapat persoalan dan kemusykilan mengenai sesuatu hukum dalam Islam, Mufti akan mengeluarkan fatwa sebagai jawapan\u00a0terhadap persoalan tersebut. Rasulullah SAW merupakan mufti pertama dalam sejarah fatwa\u00a0\u00a0yang menjelaskan hukum berlandaskan wahyu\u00a0 Allah SWT. Baginda merupakan manusia yang paling cerdas &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1453,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,1],"tags":[],"class_list":["post-1450","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-4-2022","category-fokus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1450","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1450"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1450\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1450"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1450"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1450"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}