{"id":1436,"date":"2023-01-06T10:11:05","date_gmt":"2023-01-06T02:11:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1436"},"modified":"2023-01-26T13:19:00","modified_gmt":"2023-01-26T05:19:00","slug":"cakna-fatwa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/cakna-fatwa\/","title":{"rendered":"Cakna Fatwa"},"content":{"rendered":"\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"about-author about-author-box container-wrapper\">\n\t\t\t<div class=\"author-avatar\">\n\t\t\t\t<img decoding=\"async\" src=\"\" alt=\"\">\n\t\t\t<\/div>\n\t\t\t<div class=\"author-info\">\n\t\t\t\t<h4>Oleh<\/h4><strong>Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my)<\/strong><br \/>\nKetua Jabatan Dakwah dan Perundingan,\u00a0Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">D<\/span><span class=\"fontstyle0\">emikianlah. Atas pelbagai alasan, ramai orang merasakan mereka enggan mengikut fatwa semasa. Mereka lupa, mereka juga sebenarnya telah \u2018berfatwa\u2019 mengikut kehendak diri mereka\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">sendiri. Akhirnya jadilah, \u201cTang ni, aku ikut pendapat ni.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Tang tu, aku ikut pendapat tu.\u201d<\/span><\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\"><span class=\"tie-dropcap \">F<\/span>atwa bukanlah mainan. Ia hanya boleh dikeluarkan oleh ahli <\/span><span class=\"fontstyle0\">ilmu, yang menguasai nas dari al-Quran dan as-Sunnah, ijmak <\/span><span class=\"fontstyle0\">dan qiyas. Juga mampu memadukan kekuatan akal, serta\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">menyesuaikannya dengan keperluan semasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Ingat, berdosa mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Nabi Muhammad\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">SAW bersabda: <\/span><span class=\"fontstyle2\">\u201cBarang siapa memberi fatwa tanpa berdasarkan\u00a0\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">ilmu, maka dosanya ditanggung oleh orang yang memberi fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle2\">kepadanya.\u201d <\/span><span class=\"fontstyle0\">(Hadis riwayat Ibnu Majah)\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Atas dasar itu, orang awam tidak dibebankan untuk berdalil\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dan berfatwa dalam serba-serbi amalannya. Orang awam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">boleh menyandarkan amalan mereka kepada fatwa yang telah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">dikeluarkan. Demi memahamkan umat, isu fatwa diangkat dalam\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Edisi kali ini. <strong>Selamat membaca<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"box info  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span>MEMBEDAH FATWA<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masyarakat kita ada dua kategori. Golongan pertama, terlebih alim daripada mufti dan Jawatankuasa Fatwa; golongan kedua tidak kisah langsung tentang fatwa. Golongan pertama sering mempertikaikan fatwa. Golongan kedua, sering meringankan fatwa. Jadilah, golongan pertama berani menolak fatwa, misalnya menolak fatwa zakat pendapatan. Golongan kedua, mengabaikan fatwa, misalnya fatwa pengharaman rokok\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-open\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\">Definisi Fatwa <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\"><span class=\"fontstyle0\">Berkata Al-Imam al-Munawi (1031 h.), Wahbah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">az-Zuhaili (1436 H) dan Abdullah Abdul Muhsin al-Turki:\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Fatwa adalah jawapan dari seorang mufti apabila\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">diajukan soalan kepadanya atau penjelasan bagi hukum.\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Oleh itu, fatwa ialah, keputusan tentang sesuatu hukum\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">keputusan hukum syarak). <\/span><span class=\"fontstyle0\">Dalam konteks hari ini, fatwa yang perlu dipatuhi adalah\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Negeri Selangor (JKFNS), berpandukan Enakmen <\/span><span class=\"fontstyle0\">Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.<\/span>\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-close\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\">Objektif Fatwa <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\">Fatwa yang dikeluarkan oleh JKFNS adalah untuk menyelaraskan pemahaman dan pengamalan Islam di kalangan umat Islam. Ini kerana, ada banyak pendapat fiqah dalam sesuatu isu. Jika tiada satu ketetapan fatwa rasmi, maka ia boleh merosakkan perpaduan umat Islam. Misalnya dalam isu pengamalan tahlilan, talqin dan bacaan Yaasin malam Jumaat, fatwa rasmi menyatakan ia bukanlah bid\u2019ah yang sesat. Ia dapat meredakan polemik yang kian memanas dalam masyarakat.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"clearfix\"><\/div>\n\t\t<div class=\"toggle tie-sc-close\">\n\t\t\t<h3 class=\"toggle-head\">Konsep Fatwa <span class=\"fa fa-angle-down\" aria-hidden=\"true\"><\/span><\/h3>\n\t\t\t<div class=\"toggle-content\">Fatwa dikeluarkan demi merungkai persoalan kepada umat Islam. Misalnya, apabila ada persoalan status pelaburan dalam mata wang kripto, maka fatwa mengenainya harus dikeluarkan dengan segera. Ini kerana, ia menyangkut paut aspek kehalalan dan juga kesan zakat ke atasnya. \n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">FATWA DAN PEMERINTAHAN<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Umat Islam hendaklah sedar bahawa biar pun banyak fatwa yang terdapat dalam sesuatu isu, namun apabila ada fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh JKFNS, maka ia menjadi \u2018tali\u2019 yang mengikat semua pendapat itu. Baharulah kesatuan ummah akan terhasil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">PRINSIP PENGGUBALAN FATWA<\/span><\/strong><\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li><span class=\"fontstyle0\">Ketetapannya adalah untuk memenuhi maslahat ummah terbanyak. Sebab itulah fatwa zakat pendapatan <\/span><span class=\"fontstyle0\">misalnya diwajibkan, kerana dengan melaksanakannya ia memberikan manfaat yang sangat besar kepada umat\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">Islam.<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Ketetapan fatwa pemerintah mengangkat khilaf atau pertikaian kalangan umat. Jika tidak ada suatu ketetapan <\/span><span class=\"fontstyle0\">yang boleh dipegang, maka umat Islam akan terus bertegang urat mempertahankan pandangan masing-masing.<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Fatwa juga mesti bersifat responsif dan memenuhi keperluan. Maka, fatwa yang dikeluarkan adalah demi <\/span><span class=\"fontstyle0\">melepaskan umat dari belenggu kesalah-fahaman dengan segera.<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">\u00a0Fatwa juga boleh berubah mengikut keperluan zaman dan tempat. Maka, sebab itu fatwa di negara kita <\/span><span class=\"fontstyle0\">mengambil kira keperluan setempat, misalnya fatwa harta sepencarian yang tidak wujud di negara lain tetapi\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle0\">ada di negeri kita.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n\t\t<div class=\"box note  aligncenter\">\n\t\t\t<div class=\"box-inner-block\">\n\t\t\t\t<span class=\"fa tie-shortcode-boxicon\"><\/span><strong><span class=\"fontstyle0\">PENGELUARAN FATWA<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fatwa dikeluarkan apabila adanya keperluan, sama ada atas permintaan pihak masyarakat umum, atau atas justifikasi JKFNS sendiri, ataupun atas arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri ini. Umat Islam sebenarnya boleh mengajukan permintaan sesuatu fatwa dengan menulis surat dan dialamatkan kepada Mufti mengenai sebarang persoalan yang belum muktamad atau atas sebarang isu yang boleh menimbulkan kontroversi berkaitan dengan hukum syarak.\n\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">KESIMPULAN<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle1\">Fatwa yang dikeluarkan bukanlah bersifat semberono. Ia\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle1\">mempunyai tujuan yang baik, iaitu mengelakkan perpecahan <\/span><span class=\"fontstyle1\">dalam kalangan umat Islam. Selain itu, fatwa juga\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle1\">bertanggungjawab memacu kehidupan umat Islam menjadi\u00a0<\/span><span class=\"fontstyle1\">lebih baik lagi pada masa hadapan. Sebab itu fatwa wajib ditaati.\u00a0<\/span><span style=\"color: #ff0000;\"><strong><span class=\"fontstyle0\">Edisi<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Demikianlah. Atas pelbagai alasan, ramai orang merasakan mereka enggan mengikut fatwa semasa. Mereka lupa, mereka juga sebenarnya telah \u2018berfatwa\u2019 mengikut kehendak diri mereka\u00a0sendiri. Akhirnya jadilah, \u201cTang ni, aku ikut pendapat ni.\u00a0Tang tu, aku ikut pendapat tu.\u201d Fatwa bukanlah mainan. Ia hanya boleh dikeluarkan oleh ahli ilmu, yang menguasai nas dari al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1454,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48,1],"tags":[36],"class_list":["post-1436","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-4-2022","category-fokus","tag-fokus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1436","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1436"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1436\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1454"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1436"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1436"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1436"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}