{"id":1253,"date":"2022-10-22T13:22:58","date_gmt":"2022-10-22T05:22:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1253"},"modified":"2022-11-03T15:47:23","modified_gmt":"2022-11-03T07:47:23","slug":"dakwah-di-kelab-malam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/dakwah-di-kelab-malam\/","title":{"rendered":"Dakwah Di Kelab Malam"},"content":{"rendered":"<h3><span class=\"fontstyle0\">J<\/span><span class=\"fontstyle0\">ika dakwah di masjid, itu bukan dakwah. Orang yang datang ke masjid itu orang yang baik-baik. Nak berdakwah, ke sana. Ke tempat ahli maksiat, Kelab malam.<\/span><\/h3>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Demikian komen yang pernah terdengar. Namun kala menghalakan kaki ke sana, seribu persoalan menerjah di kepala.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Kelab malam?!<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Mendengar nama ini sahaja, tergambarlah hiruk-pikuknya. Hentakan dram. Dentingan gitar. Muzik memekak yang bingar. Lenggokan manusia tanpa silu. Anggukan kepala. Kerlip-kerlap lampu. Wanita seksi yang cantik. Lelaki berhidung belang. Juga hidangan \u2018air kuning\u2019 di atas meja.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Demikianlah gambaran kasar sebuah kelab malam. Maka, menyebut kalimah dakwah di kelab malam bagaikan asing sekali. Ibarat memadukan kucing dan anjing di dalam sebuah sangkar. Bagai menyatukan minyak dan air. Pasti ia sesuatu yang janggal. Juga mengarut.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Namun, realitinya bagaimana? Apakah dakwah di kelab malam ini mustahil? Apakah dakwah hanya perlu di masjid dan surau?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Apakah itu namanya dakwah yang sebenar. Bak komentar di atas, dakwah itu perlu kepada orang yang masih jauh dari agama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Bukan di masjid.<br \/>\nBenar, dakwah itu sendiri terbahagi dua. Dakwah kepada nonmuslim disebut \u2018dakwah Islamiyah\u2019, iaitu menarik mereka kepada Islam. Memberitahu mereka tentang agama yang benar. Jalan kehidupan yang selamat. Berjaya dunia dan akhirat. Inilah misi akwah yang pernah diterokai oleh nabi dan sahabat, khususnya di zaman awal Islam.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Sisi keduanya ialah \u2018dakwah islahiyah\u2019, iaitu dakwah kepada sama muslim. Islahiyah dalam erti mudah, mengajak kepada \u2018membaiki diri\u2019. Ia penting, agar umat Islam konsisten dalam memperbaharui keazaman sebagai hamba Allah SWT. Islahiyah juga boleh diertikan sebagai reformasi atau transformasi. Tidak kekal selesa dalam satu takuk, namun mahu jadi lebih baik lagi. <\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Maka, dengan maksud ini, sama ada kita berdakwah sesama muslim mahu pun kepada non- muslim, kedua-duanya ada di kelab malam. Benar bukan?<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Maka, atas dasar itu ada dalam segelintir pendakwah yang memberanikan diri untuk tampil di kelab malam lalu berdakwah. <\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Sungguh, usaha ini bukan main-main. Ibarat menghamburkan diri ke kancah api, ia boleh membakar diri. Ibarat terjun ke lubang air berpusar, ia bisa melemaskan.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Sekadar menghimbau, tokoh dakwah kontroversi Mesir iaitu Hassan al-Banna dikhabarkan pernah menjalankan dakwah di kelab malam. Dia hadir dan meminta kebenaran menyampaikan beberapa kalimah. Kekuatan penyampaiannya, dikatakan telah memukau sebahagian hadirin. Hinggakan pemain dram di kelab<br \/>\nmalam itu tidak sedar, kayu pemukul dramnya terlepas dari tangan.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Demikian juga di Malaysia. Kita pasti dikejutkan dengan tokoh dakwah yang juga dianggap kontroversi, Ustaz Ebit Liew yang amat terkenal dengan dakwah jalanannya. Jika sebelum ini beliau berdakwah di kalangan anak muda di jalanan, kini beliau mengetuk pintu-pintu kelab malam pula, khususnya di luar negara.<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Ternyata, dari kelibatnya beliau mendatangi anak-anak muda yang kelihatannya begitu ranggi lalu menyampaikan mesej kasih sayang yang dianjurkan Islam. \u201cAllah sayang kita\u201d, ibarat mentera yang sangat ampuh dalam usaha dakwahnya.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Nah, dua contoh ini membenarkan wujudnya dakwah di kelab malam. Ia bukan sebuah taboo, melainkan realiti. Maka, bolehkah kita melakukannya?<\/span><\/p>\n<blockquote><p><span class=\"fontstyle0\">Jawapannya, lakukanlah dakwah ikut kemampuan. Lakukan ia dengan berhikmah. Misalnya, dakwah hendaklah berjemaah. Jika sekali pun perlu hadir ke kelab malam atau ke lokasi seumpamanya, elakkan seorang diri. Bimbang ia menjadi fitnah. <\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Apa lagi di zaman media sosial yang terkenal dengan viral. Ia boleh membunuh dakwah dan pendakwah itu sendiri. Di sisi Allah SWT dan nabi, dakwah dan pendakwah adalah mulia. Mati di jalan dakwah jaminannya syurga. Namun dakwah itu perlu strategi. Dakwah perlu bervisi, berperancangan dan tersusun untuk membuahkan kejayaan hakiki. <\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Wallahua\u2019lam. <\/span><span class=\"fontstyle2\">Edisi<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika dakwah di masjid, itu bukan dakwah. Orang yang datang ke masjid itu orang yang baik-baik. Nak berdakwah, ke sana. Ke tempat ahli maksiat, Kelab malam. Demikian komen yang pernah terdengar. Namun kala menghalakan kaki ke sana, seribu persoalan menerjah di kepala. Kelab malam?! Mendengar nama ini sahaja, tergambarlah hiruk-pikuknya. Hentakan dram. Dentingan gitar. Muzik &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1254,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-1253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1253"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1253\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}