{"id":1221,"date":"2022-10-22T12:51:43","date_gmt":"2022-10-22T04:51:43","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1221"},"modified":"2022-10-22T12:51:43","modified_gmt":"2022-10-22T04:51:43","slug":"kesihatan-mental-amalan-untuk-hidup-sihat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/kesihatan-mental-amalan-untuk-hidup-sihat\/","title":{"rendered":"Kesihatan Mental: Amalan Untuk Hidup Sihat"},"content":{"rendered":"<h4><span class=\"fontstyle0\">F<\/span><span class=\"fontstyle0\">okus persoalan dalam penulisan kali ini adalah berkaitan kesihatan mental. Apakah fahaman kita tentang kesihatan mental? Mental yang sihat secara umumnya dapat difahami melalui kemampuan seseorang individu tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.<\/span><\/h4>\n<p><span class=\"fontstyle0\"><br \/>\n<\/span><span class=\"fontstyle2\">Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat untuk berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun, tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental individu sentiasa baik.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran. Terdapat beberapa faktor sosial, psiko logikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosioekonomi, pertukaran keadaan persekitaran dan sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja dan penyakit fizikal yang lain. <\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Kita juga tidak boleh beranggapan kesihatan mental ini satu gejala yang berada jauh daripada lingkungan kehidupan kita. Kononnya, kita lihat kehidupan kita sentiasa kelihatan gembira, penuh nilai tawa dan serba-serbi bahagia yang bukan indikator jelas kepada mental yang sihat. Silap-silap anak, keluarga terdekat mahu pun diri<br \/>\nkita sendiri adalah penghidap penyakit ini. Ada dalam kalangan kita yang terus-menerus bersikap menafikan bahawa sedikit sebanyak mereka menunjukkan simptom-simptom mental walaupun ia masih di peringkat awal.<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kesihatan mental\u00a0 dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus, ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah ini.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\">Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress <span class=\"fontstyle0\">disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide). Daripada statistik ini, boleh juga disebut secara mudah yang ianya adalah\u00a0 sesuatu yang sangat membimbangkan.<\/span><\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle2\"><span class=\"fontstyle0\">Pakar psikologi dan perubatan telah mencadangkan pelbagai langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung masalah kesihatan mental daripada menjadi lebih parah dengan cara .<\/span><\/span><\/p>\n<ol>\n<li><span class=\"fontstyle0\">1. Berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor secara berkala dan mendapatkan konsultasi daripada mereka<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Patuhi jadual rawatan susulan dan ubatan yang disyorkan oleh pakar perubatan.<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Sentiasa mengamalkan cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruskan konflik-konflik<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Amalkan gaya hidup yang sihat juga perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan dan memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Begitu pun, Islam juga ada memberikan panduan yang berbeza terhadap isu dan masalah ini. Secara umumnya,\u00a0 proses penyembuhan masalah mental juga boleh dirawat dan dicegah secara kerohanian. Ia dapat dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik untuk merawat penyakit-penyakit mental ini dengan perkara seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Memperbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran;<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Memperbanyakkan solat; <\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Menghadiri majlis-majlis ilmu; <\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Melazimi berzikir; <\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Memohon doa-doa khusus;<\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Bermunajat; dan <\/span><\/li>\n<li><span class=\"fontstyle0\">Melakukan amar maa\u2019ruf sebagaimana yang digariskan oleh<br \/>\nsyariat Islam.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud : <\/span><span class=\"fontstyle2\">\u201cMaka ingatlah kepada-Ku. Aku juga akan ingat kepadamu\u201d <\/span><span class=\"fontstyle0\">(Surah al-Baqarah, 152).<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Ini merupakan peringatan dan panduan bahawa andai kita sentiasa ingat dan membesarkan keesaannya, maka Allah SWT akan melindungi kita sepanjang masa. Selain itu, antara panduan yang boleh digunakan sebagai terapi jiwa dengan menggunakan pendekatan Islam adalah amalan membaca al-Quran, sentiasa berwudhu dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagai satu bentuk usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Secara kesimpulannya, Islam menggalakkan umatnya supaya menjadi generasi yang cergas, sihat dan bersemangat dalam menghadapi segala cabaran kehidupan yang sememangnya menekan jiwa dan emosi.<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p><span class=\"fontstyle0\">Walluhua\u2019lam. <\/span><span class=\"fontstyle3\">Edisi<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fokus persoalan dalam penulisan kali ini adalah berkaitan kesihatan mental. Apakah fahaman kita tentang kesihatan mental? Mental yang sihat secara umumnya dapat difahami melalui kemampuan seseorang individu tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1222,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":["post-1221","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-info-sihat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1221","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1221"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1221\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1222"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}