{"id":1213,"date":"2022-10-22T12:39:20","date_gmt":"2022-10-22T04:39:20","guid":{"rendered":"https:\/\/www.mais.gov.my\/e-edisi\/?p=1213"},"modified":"2022-11-03T15:26:00","modified_gmt":"2022-11-03T07:26:00","slug":"hijrah-seorang-pendosa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/hijrah-seorang-pendosa\/","title":{"rendered":"Hijrah Seorang Pendosa"},"content":{"rendered":"<h4 style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Setiap insan sentiasa melakukan dosa dan sebaik- baik manusia ialah yang bertaubat setelah melakukan dosa. Ibn Manzur berkata, taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa. Menurut Kamus Dewan, taubat ialah sesal akan dosa dan berazam tidak akan berbuat dosa lagi, perasaan tidak senang kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman.<\/span><\/h4>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">\u201cDan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya\u201d.<br \/>\n(Surah al-Nur: 31)<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle2\">Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle2\"><br \/>\nSesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata:<br \/>\n<\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cYa Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diriku.\u201d Lalu Allah SWT menjawab: \u201cAdakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.\u201d<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle2\">Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: <\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cTuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.\u201d <\/span><span class=\"fontstyle2\">Lalu Allah SWT menjawab: <\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cAdakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.\u201d<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle2\">Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: <\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cTuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.\u201d <\/span><span class=\"fontstyle2\">Lalu Allah SWT menjawab: <\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cAdakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki\u201d. (Riwayat al-Bukhari) <\/span><span class=\"fontstyle2\">Imam al-Nawawi berkata: <\/span><span class=\"fontstyle0\">\u201cHadis ini jelas pada sisi dalalahnya, bahawa walaupun dosa terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa)<br \/>\ndengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Namun, taubat yang dilakukan tersebut hendaklah benar-benar dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan serta merupakan satu keinsafan yang sesungguhnya. Bukan hanya menyebut istighfar semata-mata sedangkan hatinya masih ingin berterusan melakukan maksiat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Oleh itu, apabila bertaubat, ia hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan. Apabila kemudiannya tergelincir lagi melakukan maksiat, mohonlah keampunan kepada Allah atas ketergelinciran. Jangan merasa berputus asa daripada istighfar.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span class=\"fontstyle0\">Sebagai kesimpulan, carilah murabbi yang Rabbani sekiranya ingin bertaubat dan MAIS yang sifatnya sebagai agensi yang menjaga hal ehwal Islam di Negeri Selangor telah menyediakan tempat khusus untuk mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan seperti Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam, Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman di Hulu Yam, Baitul Islah di Serendah dan beberapa tempat lagi di Negeri Selangor. Moga bermanfaat dan asbab kebaikan. <\/span><span class=\"fontstyle2\">Edisi<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap insan sentiasa melakukan dosa dan sebaik- baik manusia ialah yang bertaubat setelah melakukan dosa. Ibn Manzur berkata, taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa. Menurut Kamus Dewan, taubat ialah sesal akan dosa dan berazam tidak akan berbuat dosa lagi, perasaan tidak senang kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Bertaubat daripada &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1214,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[18],"tags":[36],"class_list":["post-1213","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fiqh-kontemporari","tag-fokus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1213","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1213"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1213\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1214"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1213"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1213"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mais.gov.my\/e-edisi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1213"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}