[vc_row][vc_column css=”.vc_custom_1530692021311{margin-top: -60px !important;}”][cz_title title_pos=”cz_title_pos_center” bline=”cz_line_after_title” css_animation=”fadeIn” text_center=”true” id=”cz_105486″ sk_overall=”padding-right:50px;padding-left:50px;” sk_overall_tablet=”padding-right:0px;padding-left:0px;” sk_lines=”background-color:#8bc34a;width:30px;height:2px;top:7px;”]

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

[/cz_title][cz_title css_animation=”fadeIn” id=”cz_12285″ sk_overall=”padding:30px 50px;” sk_overall_tablet=”padding-right:0px;padding-left:0px;”]

PENJELASAN ISU “KAUNTER KHAS (FAST TRACK) PENCERAIAN” DI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR

[/cz_title][cz_gap height=”35px”][vc_column_text]

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

PENJELASAN ISU “KAUNTER KHAS (FAST TRACK) PENCERAIAN”

DI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR

Merujuk kepada isu “Kaunter Khas (Fast Track) Penceraian” di Mahkamah Syariah Selangor yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Keempat Belas, Penggal Kedua, Mesyuarat Kedua, pada 9 Julai 2019 (Selasa), kenyataan rasmi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor adalah seperti berikut:

Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada tahun 2015 bukan proses yang diwujudkansemata-mata untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenangwenangnya tanpa perlu melalui langkah-langkah yang sewajarnya bagi membendung kes penceraian di Negeri Selangor.

Sebaliknya, sebelum sesuatu pasangan suami isteri datang ke Mahkamah untuk memfailkan kes cerai, pasangan ini pada kebiasaannya akan berjumpa dengan Pegawai Runding Cara Keluarga di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Pemfailan kes di Mahkamah Syariah hanya dibuat setelah usaha melalui rundingcara ini gagal untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ adalah bagi menyelesaikan rungutan dan aduan pelanggan Mahkamah Syariah Selangor yang mendakwa bahawa mahkamah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes-kes cerai di Negeri Selangor.

Pewujudan proses kerja ini adalah satu prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan oleh JAKESS bagi mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes-kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama suami dan isteri yang sebelum ini mengambil masa sehingga 90 hari untuk diselesaikan.

Pemakaian proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ ini perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) Dokumen telah lengkap;

(b) Suami isteri hadir di mahkamah;

(c) Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni;

(d) Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut; dan

(e) Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.

Melalui proses kerja ini, kes pasangan suami isteri yang telah bersetuju untuk bercerai akan diselesaikan dalam tempoh 6 jam daripada masa pemfailan kes dan mereka akan menerima Perintah bertulis bermeterai mahkamah dalam tempoh masa tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan pengeluaran Sijil Cerai.

Kesan inisiatif ini dilihat telah menggalakkan para suami bagi sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah untuk menceraikan isteri mereka secara baik selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”. Secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah “digantung tak bertali”.

Proses kerja ini sebenarnya telah menjimatkan masa dan kos pihak yang terlibat dan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baharu secara damai tanpa perlu bermusuhan antara satu sama lain, sebagaimana yang biasa berlaku kesan daripada perbicaraan kes yang panjang di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, kewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ ini bukanlah proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sehingga menyumbang kepada kadar kes penceraian yang tinggi di Negeri Selangor. Sebaliknya, kadar penceraian yang tinggi tercatat di Negeri Selangor adalah disebabkan oleh jumlah penduduk yang ramai di Negeri Selangor berbanding dengan Negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

10 JULAI 2019

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor